Tuesday, July 16, 2013

Alkisah katil

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:01 AM
Lama tak update pasal duk kumpul action pic, heheh! Dah hampir seminggu duduk rumah baru, katil untuk master bedroom baru je sampai. Kelewatan yang membuat kami 'berasap'! Hari demi hari yang dijanjikan tidak juga siap-siap! Mujur ada guest bed dah ada, 'tumpang' tidur situ dulu..huhu. Lewat punya pasal, banyak kami 'paw' free gift dari kedai tu, hambik ko..huhu!

Tilam bapak berat sampai kena angkat 4 orang, bukan tilam spring tapi 100% natural latex..Lompat sebelah, sebelah lagi tak bergoyang..chewahh! Anak-anak pula buat aksi terjun tiruk dari headboard  ke tilam 2-3 hari ini, hadoiii!

Cadar raya dah rasmi, tak sempat tunggu raya lah, hihi! Cadar pun kena ikut tema kelabu hitam..Wajib ala-ala 'shine-bright-like-a-diamond'! :) Akemi Cotton Silk King size dari 1k lebih dapat 80%  off jadi RM211 je, berbaloi la..kalau kat parkson skit je discountnya...BP Mall tengah sale.. Takda lagi aksesori untuk dinding belakang tu sebab tak jumpa lagi aksesori yang  berkenan.

Ingat nak letak cermin ni, ada survey kat kedai perabot tuhari. Agak-agak ok tak? Nampak macam boleh masuk je..Tapi masih lagi KIV kot-kot nampak jumpa hat lain nanti..



Puas pikir nak pilih katil untuk anak-anak macam mana. Nak yang hat boleh tidur sama, tapi taknak 2 tingkat, kalau queen bed besar sangat, kalau single bed yang ada extra bed slide bawah tu banyak tak berkenan lak corak. 

Last-last saya decide nak beli daybed IKEA macam ni, Hemnes RM1,649. Tapi frame je la, tak masuk katil. Praktikal gak katil ni sebab save space kat bilik, boleh jadi single bed, double bed, plus ada 3 drawer yang agak besar juga. Boleh letak baju-baju ke pape.

Ini lah hasilnya, siap beli cadar Cars lagi. Suka betul budak-budak tu konon la malam nanti nak tidur situ, last2 bila malam nak berkepit dengan mak gak, huhu! Tilam-tilam tu tak sama level, guna tilam-tilam yang sedia ada je. Yang satu jenis tilam spring single, tinggi skit. Yang satu lagi tu tilam foam biasa je. Patut guna tilam yang sama tebal baru nampak rata, tapi malas la beli2 lagi. Tilam lama pun masih elok lagi.

 Bila kita tolak masuk jadi lah katil single. Jimat ruang. Takdalah berat sangat pun nak tolak frame tu. Bantal putih tu pun beli kat IKEA RM15 je..comel je.



4 comments:

Fizah said...

wah gempak2 harga n rupa...mabeles! =D

amirah said...

menariknyaa...besttt...

cik hani said...

cantek dan jimatkan ruang..

nor fairus said...

La baru faham mcm mana katil ni. Hehehe. Jimat space dan cantik

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea