Monday, June 10, 2013

Tipah Tertipu @ IKEA

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:11 AM
Adeh, macam mana lah boleh tipah boleh 'tertipu' jua ni. Padahal bukan pertama kali pun pergi IKEA, masa duduk Kajang dulu, rajin gak pergi. Patutnya dah biasa dengan 'konsep' produk IKEA ni. Hujung minggu di KL memang diluangkan sepenuhnya untuk mencari barang-barang untuk rumah baru. Selepas Nilai, keesokan hari kami ke IKEA pula.

Sebenarnya ada satu item je yang kami 'tertipu' hihi.

Alkisahnya, bila ternampak curtain rod besi ni mula diri bagai dirasuk apetah lagi melihat rod yang paling panjang (adjustable) tu harga RM18.90. Fuh bila encik boss kata murah je, akak pun terus 'terlupa' yang biasanya aksesori-aksesori rod tu dijual berasingan. Kebetulan saya pun sibuk melayan askar-askar yang buat aksi balingan dari dalam troli, terus saya kata kat encik boss, proceed je.
Rod harga lain, set knob harga lain. Range dari RM12.90 (yg putih bulat & bunga) hinggalah RM19.90 macam knob kaca yang saya pilih kat bawah ni. Aci tak, rod warna putih, knobnya warna hitam, konon lah nak buat 'kaler kontra'kan, huhu!

 Masa tu fikir oklah rod-RM18.90, knob-RM19.90=RM38 consider murah lagi..tunggguu!


Lepas tu kena beli rod holder dia juga yang macam cangkuk tu. Kalau satu rod perlukan 4pc holder, so tambah lagi  RM15.60=RM53.60. Ok lagi la range harga tu untuk sebatang rod besi (yang boleh adjust)..huhu..tungguuu lagi!..

Dah on the way balik masa dalam kereta saje lah saya belek-belek semua barang, lepas tengok rod holder tu terus terfikir eh macam mana nak pasang holder ni kat dinding, macam tak cukup lengkap je..balik-balik terus bukak website IKEA, rupanya kena beli juga wall bracket L-shaped tu..huhu! Haa kenalah beli 4pc juga kan..so tambahlah lagi RM27.60 utk bracket tu, so dah jadi RM81.20 untuk satu rod besi yang complete...hahahah! Yang best, kena tunggu 2nd time datang lagi lah untuk beli bracket tu! so tak boleh pasang lagi rod nya...frustt je huhu!


Selain rod, antara hasil-hasil tangkapan di IKEA adalah...

 Cermin ini. Saya beli 3pcs terus nak letak dalam bilik air, hihi! Takda lah boring, asyik bulat, empat segi etc je..tu pun saya nampak deco dalam majalah..

Tempat letak payung. Ambik juga lah. :)



Sebenarnya misi utama nak beli roller blind macam ini untuk tingkap dapur. Saya dah survey siap-siap dalam website.

RM109 je untuk size 160cmx195cm. Which lagi murah lah dari yang dijual dikedai langsir. Tapi malangnya size yang saya nak dah habis. Tinggal size yang besar je. So postponed lah, mane tahu next visit dah restock ke..

Venetian Blind putih ni pun tinggal satu sahaja untuk size 80cmx155cm. Nasib baik! Boronggg!

 Itu sahaja yang saya beli di IKEA :)..

 Mula-mula nak sambar gak cermin ni siap dengan lampu sekali nak letak kat tepi dinding pintu masuk...Tapi takut tiba-tiba tak sesuai..so KIV lah..



4 comments:

fifi said...

Bestnya dapat pegi ikea..

Fizah said...

roller blind bercorak tu mmg kitorang minat sunggoh!! ;)

btw sabor jela nunggu beli L bracket tu dulu ye dak? ikea..ikea..masam2 manis! ;p

amirah said...

lampu offer murahhh sgt tp bila tang mentol, mahallll...dahla mentol tu sesuai tuk lampu tu je

Hayatie Hashim said...

Fifi: lama dah tak pi.mmg best..huhu

Fizah: ingt leh beli on9 je..xleh gak..huhu

Amirah: ahah..betul tu...ada tengok

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea