Friday, June 14, 2013

Progress Rumah: Plaster Ceiling, Cat, Suis

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:21 PM
 Dah selesai pasang lampu kat tempat-tempat yang di buat plaster ceiling. Dalam masa yang sama, tukang cat pun dah masuk untuk kerja-kerja mengecat. Baru cat bilik-bilik dan tempat-tempat yang dah habis buat wiring..
Plaster Ceiling diruang master bedroom selepas diletak lampu. Mula-mula nak lampu biru untuk skirting tu tapi survey-survey akhirnya saya pilih untuk lampu kuning.
 Ruang tamu pun sama. Lampu kuning untuk skirting keliling tu. Downlight warna putih. Ruang plaster yang 3 kotak tu nampak kosong je. Macam nak design dengan cat kaler atau wall paper skit dalam..masih difikirkan...hmm

Plaster ceiling Family/mini hall ditingkat atas..(satu mentol foul lak kat hujung tu).. 

 Ruang makan takda simpan lampu. Downlight biasa kat penjuru plaster bulat tu. Tengah-tengah tu nanti nak letak kipas yang ada lampu chandelier. Ada lubang-lubang bekas tebuk untuk pasang lampu masih belum tutup lagi.

Soket plug dan suis pun kitorang tukar sekali satu rumah dengan suis dari Schnider ni. Sekarang dah banyak suis2 yang moden skit kan, huhu! Design Neo yang kena dengan tema skit


Cat-cat yang saya pilih untuk rumah. Ruang tamu memang kombinasi warna kelabu yang akan dipadankan dengan wallpaper sebelah tu. Warna Unggu untuk bilik utama. Macam kat pic atas sekali.

Yang biru untuk bilik anak-anak lelaki ni. Azri suka warna biru. Tapi biru dia macam 'lari' skit dari biru yang saya pilih.

Patutnya warna Blue Niche ni macam ni. Ke dah cat dia jadi lain skit..hmmm takpelah!


#Tak sabar nak pindah ni!


7 comments:

adianiez AIDA said...

best nyer...
semlm aida tgk umah, da naik bata dah...
peringkat ke 4. da siap 35% :-)
tak sabarrrrrr...

Hayatie Hashim said...

Aida: mesti tiap2 bulan nak jenguk rumah kan..hihi..mcm kitorg sampai hampir hari2 gi tgok..mentang2 rumah baru tu dekat je jaraknya dgn rumah sekarang..5 min dah sampai..huhu
#mcm org bercinta..heheh

amirah said...

dah cantik dah...

Natasya Nadia said...

purple tu ape color code die yer

Norshilawati Samasudin said...

Seronk tgk..opss salam perkenalan..x sabar jugak kita nk masuk umh bru..hihi..tahniah

Hayatie Hashim said...

Natasha: tak ingat la..huhu

Hayatie Hashim said...

Norshilawati: Salam perkenalan juga. Tqvm dear ;-)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea