Thursday, June 20, 2013

Progress Rumah: Cat & Wood Flooring

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:25 PM
Tak sabar menghitung hari bila lah boleh pindah masuk ke rumah ni. Sekarang kerja-kerja mengecat telah hampir selesai. Tinggal wallpaper dekat dinding ruang masuk pintu masih belum sampai lagi. Yang tu takpa, dah duduk pun masih boleh buat lagi. 

 Cat luar rumah, masih mengekalkan warna kelabu juga. Asalnya body putih, frame2 tingkap kelabu, tapi kami nak body kelabu frame tingkap jadi putih. Oklah taknak striking-striking sangat, huhu! Yang ni pun dah ok. Lagipun, insyallah lepas raya nanti nak buat major renovation diluar rumah pula yang melibatkan penambahan belakang, tepi dan depan rumah. So, ala kadar dulu lah cat untuk luar ni. Cat untuk raya ni, hehe!
Pilihan warna cat untuk bahagian dalam rumah, selain dari warna unggu untuk masterbedroom dan biru untuk bilik anak-anak, saya pilih pastel green untuk guest room. Lepas dah cat, saya rasa suka sangat tengok warna hijau yang lembut tu. 

Untuk ruang makan, saya pilih warna 'Seal Grey' ala-ala kelabu gelap lah. Sebenarnya dinding ni nak letak cermin-cermin, tapi tak decide lagi pattern cermin yang nak diletakkan so KIV lah dulu. Warna untuk ruang tamu, 'Orchid Smoke' sebenarnya kalau tengok live putih yang kekelabu sikit..

Tinggal wall paper je kat ruang tamu dinding sebelah pintu masuk dan mengadap pintu je belum pasang lagi, tengah order..(tak sabar gak nak tunggu, huh!). Selesai sudah kerja-kerja mengecat..

Alhamdulillah, hari ini barang-barang untuk wood flooring dah selamat sampai ke rumah. Tinggal tunggu orang pasang je esok. Mula-mula saya kata dapur tak payah, tapi encik husby decide nak pasang satu rumah terus alang-alang. Kerja-kerja wood flooring ni mungkin mengambil masa 3-5 hari. 

Siap je lantai, perabot-perabot yang kami tempah dulu dah boleh masuk, lepas tu kami dah boleh packing dan pindah,yeehaa! Insyallah, Ramadan kali ini di rumah baru.. :)

7 comments:

amirah said...

bestnyaaa...

Hayatie Hashim said...

Amirah: yeahhh..tak sabar-tak sabar..huhu

Fiza Rahman said...

Cantiknya rumah.

Yaati Nor said...

yati cantik dan besarnya tanah rumah..kat batu pahat berapa harga dia?sejak tahun bila dah beli?

ester jeffry said...

Hie nak tanya cat pilih brand ape ye? Dulux ke? Cantik!

Hayatie Hashim said...

Ester: cat jenis ICI higloss

bad said...

boleh suggest x kat mn kedai wood flooring yg ok kt batu pahat

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea