Wednesday, June 5, 2013

Kipas oh kipas

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 3:56 AM
Ni tengah survey kipas pula. Kipas-kipas untuk dapur, ruang atas, dapur dan bilik-bilik lain semua dah beli kat Batu Pahat je. Akhirnya saya beli brand Elmark je. Harga kat sini RM165 sebiji warranty 3 tahun. Saya beli 5 unit terus.

Yang ini warna Gold dalam pic lain, tengok real lain..huhu!


Tapi saya pilih hitam ni, nampak lebih match dengan tema. 

Yang masih saya tak beli-beli lagi adalah kipas untuk ruang tamu, ruang makan dan master bed. Ingat nak yang moden-moden skit. Kalau boleh nak yang ada lampu hiasan sekali tapi taknak yang jenis kipas berlampu yang tali tarik-tarik tu. Pernah beli macam tu dulu memang tak berapa nak sejuk huhu.

So far tak banyak pilihan yang ada disini untuk jenis kipas yang ada lampu hiasa. Kalau ada pun tak menepati citarasa. Yang bawah ni antara kipas yang bakal dibeli kalau dah takda design lain yang menepati citarasa semasa pencarian di KL & Nilai pula nanti.

Terfikir kalau takda pilihan sangat, nak letak ini je untuk ruang makan. Harga yang saya dapat berbeza ikut kedai. Kedai 1 - RM350+, Kedai 2 - RM400+ pun ada, kedai 3 (kedai yang sama saya beli kipas Elmark tu) - RM290, paling murah lah! Kipas ni 3-speed je, sesuai lah untuk ruang makan atau ruang yang sederhana kecil.

Survey kat internet, ada macam nama brand rupanya tapi kipasnya tetap sama, ada vannus, ada elmark, alpha etc. Hmmm rebrand ker apa..Pastu dah ada sejak dari tahun 2010 lagi! (hasil dari terjah blog2 orang lah, hehe! Ni rupanya bila kembang (tengah on). So dah lama juga design ni yer! :)

Yang ni kalau tengah Off blade dia akan kuncup, Ada dua warna satu gold ala-ala vintage, satu lagi macam kat atas tu ala-ala moden skit. Ok la KIV dulu nak cari kat KL kot-kot ada banyak lagi design yang lawa-lawa.


      

 Yang ini pun antara pilihan kipas untuk ruang tamu. Kalau takda yang lain-lain, mungkin akan ambil yang ini sahaja untuk ruang tamu. Sudah semestinya warna putih! :) Brand Alpha Kat sini harga yang paling murah kami dah survey adalah RM450!! Kedai lain-lain RM550++



Lagi satu pilihan kipas untuk ruang tamu & master bed adalah yang ini..

Yang ini brand Deka V6 series. Harga pasaran RM700++ Warna pilihan seperti biasa haruslah warna putih..hehe!


Biasanya kebanyakan kipas2 untuk ruang tamu dan berkelajuan 5 speed ++ yang dah saya survey range harga dari RM400-RM500 keatas. RM400+ tu jarang2 la.. yang lain semua RM500 keatas sahaja..

Oklah, this week nak survey kedai-kedai di sekitar KL dan Nilai pula..nantikan lah hasilnya, haha!

4 comments:

Fizah said...

saya semua kawasan sama kipas..borong teruz sampai enam biji..sebiji rm130 sajok...;) btw nice kipas ada lampu2 ni..suka jgkkk ;)

Hayatie Hashim said...

Fizah: murah tu..in fact lepas kitorg beli pun tgok iklan tmpt lain ada jual rm115 tp kena pi JB la ..sbb nak cepat kan..org2 wiring leh pasangkan sekali..terus sambar je

micah aje said...

deka v6 series tu mcm awesome sgt...^_^ yg boleh kuncup pun ok, tapi kalo kuncup xrendah k?

Hayatie Hashim said...

Micah: tak rendah..tinggi dia mmg standard2 lampu chandelier tu..tak rendah..

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea