Friday, June 14, 2013

Kek Batik: Alahai Butter Cup

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 5:52 PM
Kelmarin terasa nak buat kek batik. Lama dah tak buat ni sejak duduk BP. Kali terakhir buat ni masa selalu join SGM dulu masa kat Kajang. Kek batik favourite saya adalah yang jenis biskutnya ranggup tu. Simple je resepinya, tak perlu pakai telur:

1 Bungkus biskut Marie 
1 Peket Milo 250g
1 Tin susu pekat (tapi saya buat 1/2 tin, tu pun manis sangat)
1 Ketul Butter 250g


Al kisah butter cupnya, saya round satu Taman Flora, Taman Sri Jaya pun takda. Kalau ada satu kedai runcit ni (ca-ya-nun-alip) dengan konfidennya jual yang expired punya. Saya kalau kedai runcit memang particular skit tentang expiry ni sebab selalu terkena. *sigh* Saya malas nak masuk carefour sebab nak parking lagi, nak angkut askar2 lagi..huhu
Frust je round-round kedai runcit takda jual jenis butter sejuk ni. Semua jual hal yg marjerin tin tu. Last balik rumah tengok peti ais memang ada Butter Cup tapi yg diperbuat dari Olive punya. Hehe, sejak dua menjak ni nak menjaga kesihatan,huhu! Datang lah idea, apa kata kita guna yang ni, lagi la bagus kan. Mahal pun mahal eh, kami juga yang makan kan. Apa kes sapu kat roti hat sihat, yang nak buat kek hat kolestrol, kih kih!..So saya ceduk separuh dari bekas ni.

So kita lebur lah butter dulu, susu pekat manis dan milo. Guna induction ni kena cepat kacau bahagian dasarnya sebab nanti dia hangus pula. Kalau agak-agak dah panas giler off kejap...

Dah mendidih, tutup api terus gaul je dengan biskut yang dah siap2 dipecahkan

 Lepas tu masukkan dalam bekas. Make sure tekan-tekan sedikit bagi padat..lepas tu kita sejukkan dulu dalam peti ais.

 Dah sejuk, boleh potong-potong untuk dimakan. Chill n Crunchy, my favourite.. *Caution: Masa potong ni memang keras tau. So hati-hati lah. Kalau gini baik panggil 'Biskut Batik' je, hehehe!




0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea