Wednesday, June 12, 2013

Idea Lanskap: Gazebo

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 12:47 AM
Ingat tak entri pasal idea lanskap laman tepi rumah, saya ada berangan nak letak gazebo ni. Masa beli langsir kat Nilai 3 haritu sempat juga men-survey gazebo. Kebetulan masa pusing2 cari kedai langsir tu terjumpa lak kedai-kedai yang jual perabot jati ada jual gazebo sekali. Alang-alang kitorang pun turun lah nak tanya harga.

Saya memang berangan untuk letak satu biji gazebo kat laman tepi rumah ni. Sambil tengok anak-anak main kat depan rumah boleh lepak-lepak layan blog minum-minum kopi ke..huhu!

Nak cari size yang sederhana je yang muat-muat kat laman tu. Yang ini size 6'x6', harga offer dia bagi RM4,500 siap hantar sampai Batu Pahat!! Wahhh, harga tak boleh tahan..hoho! Lebih kurang macam buat sendiri juga. Tapi kayu ni jenis kayu kelapa laut. Dari segi ketahanan dia kata ok je bayangkan pokok kelapa  laut tu duduk dekat tepi laut macam mana kan. Tapi takleh celen kayu-kayu lain macam cengal etc..




Kalau yang sebelah ni harga RM4,800 sebab kayunya ada design-design skit. Size tetap sama 6'x6'. Yang ni tempat sandar yang orang tu tengah letak tangan tu boleh buat duduk atas dia. Yang gazebo belakang tu tak boleh buat duduk, tu just dia punya pengadang je. Yang ni contoh dia pasang satu je. Kalau jadi beli dia akan pasang keliling.

Atap untuk gazebo ni pun jenis kayu juga (tah apa nama saya lupa) kena maintain skit lah setiap 6 bulan kena syelek balik. Kalau nak tukar atap genting kena tambah RM2000.  Warna suka hati, boleh pilih macam ini atau gelap-gelap sedikit. Nanti dia syelek balik je semua.

Tiba-tiba encik boss macam berkenan yang gazebo 2 tingkat ni...perghhh! Akak sukoo je! anak-anak apetah lagi kan tapi bahaya lah kalau time main-main kena ada orang jaga kat depan. Bahaya takut jatuh depa duk turun naik. Harga bukak ni bagi RM14k tapi kalau betul-betul confirm boleh cerita lagi katanya, dia boleh special price..

Lepas tu survey kedai sebelah dia, ada gazebo 2 tingkat ni juga, kedai tu boleh bagi lagi murah RM11k je. Terus tak keruan dah kami! Takpa, encik boss kata takpa next time la, kita fikir-fikir, survey-survey dulu. 

Kalau nak bawak gazebo ni depa kata kena dismantle semua dulu dan sampai baru pasang.

Oklah, kasi setel masuk rumah dulu nanti baru fikir...huhu!

7 comments:

adianiez AIDA said...

minat nyer yg 2 tingkat tu!!!

Nurul Huda said...

Ko tlg chopkan aku yg kecik2 pun xpe..teringin nk ku parking dpn flat aku nie ha...ko mampu umh flat ada gazebo..haha..

Hayatie Hashim said...

Nurul: haaa...klu flat memang cocokk sgt yg 3 tingkat ..baru satu level...hahahha

Fizah said...

haha lawak laa komen nurul huda..'kau ada'? kikiki

minat gak ada gazebo kat umah..tp hubby kata makan ruang..so kita makan hati je la..muehehe

Nurul Huda said...

Ye la tie,ko survey skit,kot2 ade yg 3 tingkat ke,klu siap lif pun okay gak..hahaha..

Hayatie Hashim said...

Fizah: boleh je custom ikut ukuran kita nak.. :)

Nurul: bukan takat lif je, eskalator pun sekali pakej,,hahah!

Mohd Baim said...

mcm mane nak contact nak order gazbo ni .. admin bole wasap sy x ? 012 341 3003

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea