Wednesday, June 26, 2013

Cerita Wood Flooring: Lantai Kayu

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:49 AM
Hujung bulan semakin tiba, sekejap sudah 26hb kan. Minggu depan dah masuk bulan 7. Makin dekat nak pindah ni, makin sibuk lah nak siapkan rumah baru dengan lebih cepat lagi. Macam-macam pula nak ditambah, nak dibeli huhu!

Alhamdulillah, rumah baru kami sedang dalam kerja-kerja terakhir pemasangan lantai kayu. Dalam entri yang lepas saya masih lagi dilema samada ada mahu memilih rona putih betul atau putih bercorak.

Dan akhirnya saya pilih juga kemasan lantai kayu yang berwarna putih. Corak Platinum Teak dari Robina Flooring. Satu pemilihan yang 'agak-berat' kerana mahukan rona cerah untuk rumah. Yang pasti, haruslah lebih berhati-hati kerana warnanya yang putih kan, huhu!

Jom layan gambar-gambar semasa kerja pemasangan..

Bahagian ruang tamu yang hampir siap dipasang. 

Bilik-bilik yang telah siap dipasang. Tinggal 'skirting' sahaja yang akan dipasang kemudian setelah siap keseluruhan lantai. 

 Yang ini corak untuk tangga. Mulanya tak terfikir nak buat begini. Masa saya tengah gugel-gugel, ternampak  gambar-gambar tangga yang dipasang lantai kayu, terus cakap dengan encik boss untuk tukar corak dekat bahagian tempat pijak tu. Saya pilih warna dan corak yang kontra gelap dengan yang putih.


 Ini lah hasilnya..Fuh berdebar juga masa memilih tu, takut end-result tak seperti yang diharapkan. Selepas dipasang, alhamdulillah seperti yang saya mahukan...huhu.

 
  Yang ini untuk bahagian skirtingnya. Sekali lagi saya pilih warna yang gelap supaya nampak 'constrast' skit.

Skirting ada dua jenis, satu dari jenis kayu MDF, satu lagi PVC (plastik ala-ala kayu), kami pilih dari PVC kerana salah satu kebaikan, tak mudah dimakan anai-anai. Lantai dah 'Termite-proof' takkan skirting pakai kayu, nanti anai-anai makan skirtingnya pula, huhu. Dan harganya sedikit lebih lah berbanding skirting kayu MDF.

 Bahagian ruang tamu yang sudah dipasang skirting.  Hampir seminggu juga kerja-kerja memasang lantai kayu satu rumah ni. Insyallah, jika semuanya berjalan ikut yang telah dirancang, by friday kerja2 wood flooring siap. Minggu depan perabot baru dah boleh masuk.

#Countdown begin..

Update: Untuk cerita keseluruhan mengenai Wood Flooring ni beserta gambar siap sepenuhnya, boleh klik link ini kay! Tqvm :)

28 comments:

Asma said...

Cantik, tak sabar nak tgk bila dah masuk perabot ;)

ellysa emran said...

rumah nampak luas n exclusive bila wood flooring dah siap pasang...cantik! saya pun teruja.

zarith said...

cantiklah flooring tangga tu... nampak mewah k...

Hayatie Hashim said...

asma: tuan tanah pun dah tak sabar2 ni..hehe

ellysa: tq, mungkin sebab pilih warna putih tu yg nampak luas kot..tapi siap lah lepas ni nak maintainnya, hihi

zarith: tq, :)

Zulyati MohdNorAli said...

Cantik sgt! Pandai awak pilih warna... Dah pindah nnt nak dtg umah leh? :)

micah aje said...

cantik sgt. i heart cara akak deco rumah..tangga kelihatan sgt mewah..

Hayatie Hashim said...

Zulyati: Tq :) jemput lah datang...pintu rumah sentiasa terbuka..nanti roger2 yer :)

Micah: alahai micah..deco sendiri ni pun berpuluh-puluh kali selak majalah dan gugel internet..huhu!

Fizah said...

tangga tu macam rumah oram puteh...;)

Hayatie Hashim said...

Fizah: hahah..yg duduknya org cokelat hihi

Puteri Satu said...

agak2 berapa kos lantai kayu untuk tangga tuh ye....?

Hayatie Hashim said...

Kak puteri satu: dah survey ke kos utk tangga tu ?

Farah Hana Binti Tajul Ariffin said...

buat lantai kayu utk keseluruhan rumah tu brape ye kosnya? ambil dgn kontraktor mana? emel kat saya boleh? puteh_84@yaho.com
thanks sgt2

Hayatie Hashim said...

Farah Hana: I have emailed you :)

S.U.R.I.A. said...

akak..email kt suria skali kontraktor lantai.
nursuriatisulaiman@gmail.com

thanks

Hayatie Hashim said...

Suria: email sent!

f.i.z.a said...

salam. cantiknya rumah. sangat kagum :)

boleh tau kos keseluruhan lantai kayu & details kontraktor?

minta emelkan kat saya, nurhafizah.matsah@gmail.com

terima kasih..

Iza Isa said...

salam alaik, boleh email kan saya nama kontraktor dan kos keseluruhan mcm yg u buat tu boleh.. TQ
email : sofeaboutique@ymail.com

FelisCatus MeowCentre said...

Salam sis...cantik sgt umah akak.boleh email kat saya kos keseluruhan tu?sy pun tgh survey2 harga ...thanks sis ;)

FelisCatus MeowCentre said...

lupe..email saya azieyantianis.ms@gmail.com

Norazalia said...

salam sis..boleh email kos keseluruhan flooring dan kontraktor mana ke email saya norazalia.nordin@gmail.com.tq..

Feet Amalina said...

Slm. Tlg email sy kos flooring n contractor's details ke feetadek@gmail.com. tq:)

'Azzah Salimi said...

Salam emel total kos pls...
azzah.salimi@yahoo.com

Irene Vodka said...

We offer exclusive laminate flooring in international trade, as manufacturer strive to offer new innovative products to consumers and countries across. laminate flooring suppliers, laminate floor suppliers, laminated flooring suppliers, laminate flooring china, laminate wood flooring suppliers.

Irene Vodka said...

FLOOR DEPOT passion in laminate flooring has never stops transform home interior elements. We revolutionize the technology needs in every home renovation ideas. laminate flooring, vinyl flooring malaysia, laminate flooring malaysia, wood flooring malaysia, flooring malaysia.

Irene Vodka said...

As frontier in laminate flooring, FLOOR DEPOT focus entirely in home improvement, expertise in total flooring solution; all remain as foundations of all we do. laminate flooring, vinyl flooring malaysia, laminate flooring malaysia, wood flooring malaysia, flooring malaysia.

Irene Vodka said...

We offer exclusive laminate flooring in international trade, as manufacturer strive to offer new innovative products to consumers and countries across. laminate flooring suppliers, laminate floor suppliers, laminated flooring suppliers, laminate flooring china, laminate wood flooring suppliers.

Nur Hafizah said...

berapa kos keseluruhan buat lantai laminate kak? ni email sy fizahali12@gmail.com

Nur Hafizah said...

berapa kos keseluruhan buat lantai laminate kak? ni email sy fizahali12@gmail.com

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea