Sunday, June 9, 2013

Cerita Langsir dan Kipas: Part 2

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:49 PM
Haa, rentetan dari entri saya pasal nak cari langsir dan kipas untuk rumah baru yang lalu tu kan. Akhirnya sampai juga saya ke Nilai masa on the way balik rumah mak di Kajang hujung minggu aritu. Sampai di Nilai lebih kurang tengahari, survey punya survey dah dekat pukul 6pm..tu baru langsir, karpet tak tengok lagi tu, haish! Encik boss kata karpet next time sekali lagi datang lah! Fuh memang tak sempat nak multi tasking survey, huhu! 

Akhirnya setelah keluar-masuk kedai langsir satu Nilai, saya decide nak beli kat kedai Star City Textiles sahaja. Kedai ni kedua saya masuk untuk tanya harga. Pukul 2pm saya masuk kedai ni, keluar balik survey-survey lepas tu pukul 5pm baru datang balik kedai ni. Orang tu dah senyum-senyum ye bila tengok saya datang balik, huhu! Opkos dah boleh agak saya survey dulu kan.

Dia bagi saya harga RM3560 untuk satu rumah. Harga ni untuk langsir double layer (kain tebal dan kain 'sheer'). Design Eyelet untuk ruang tamu, sliding, master bed dan hall atas. Untuk 3 bilik biasa design biasa yang guna cangkuk tu. Which memang over RM500+ lah dari bajet saya mula2 tak mahu lebih dari RM3k. Itu pun sebab saya pilih kain mahal skit (RM48/m) untuk 4 ruang utama..huhu. Rasanya kalau pilih kain yang murah2 bawah RM2k pun leh dapat dah. Tapi corak semua tak berkenan huhu!

Tapi corak kena pilih-pilih lah. Nasib ada corak yang berkenan dimata saya. Saya ni boleh dikatakan cerewet juga dalam pemilihan ni, huhu. Kalau masuk satu-satu kedai tu, saya tengok corak dulu, kalau ada 1-2 corak yang dah berkenan baru proceed tanya harga. Tapi kalau takda satu corak pun yg 'melekat' kat mata, saya terus keluar balik...

Corak ini sahaja yang saya berkenan. Yang kain silver bunga baldu hitam RM48/m dia bagi saya. Saya buat untuk 3 ruang utama (ruang tamu, ruang makan, bilik tidur utama). Kain Sheer RM25/m. Kain sheer corak yg sama ni masa saya survey kat kedai-kedai ada yg RM25,RM28,RM30/m. Jahit biasa sahaja. So total untuk 3 ruang ni dah RM2250. Which memang murah dari yang saya survey dekat MK baru 2 ruang sahaja dah over RM2k. 

Untuk hall atas dan 3 bilik biasa saya pakai kain yang murah sedikit RM16/m. Nasib baik lah kain ni matching skit warna dia dengan kain bercorak baldu hitam tu. Kain sheer pakai yang sama juga. Cuma design hall je pakai eyelet hitam. Total untuk hall atas dan 3 bilik termasuk kain sheer dan rod kayu RM1,310. 

Siap saya dapat kecek dia buat 'tie back' curtain sekali untuk semua langsir free, sepatutnya takda dia bagi tali biasa je tapi saya nak tie-back juga..huhu! Kalau tak, kedai lain tie-back ni kena charge..hoho. Sebab kena pakai kain lebih lagi kan..huhu! Acik suko-acik suko! :D

Sehari je dah boleh siap. Saya confirm jumaat petang, dia kata sabtu petang dah boleh ambil tapi saya ambil ahad petang on the way nak balik ke BP semula. Jahitan pun kemas. Hambik ko 4 bungkus langsir. Tu konon nak jahit sendiri..sampai raya tahun depan pun belum tentu siap agaknya, hahaha!

Siap dia bagi ukuran berapa yang saya perlu beli untuk curtain track/railing. Ukuran tu dia siap-siap extra dari ukuran asal. Saya pun manalah tahu sangat kan. 

Lepas tu tunjuk cara macam mana nak letak rod selepas pasang railing tu. Rupnya tak payah tinggi-tinggi rod tu dari railing. Sebab dia kata nanti tak cantik bila tarik. Oklah, you the expert kan, i follow...Servis kedai ni memang terbaik. even masa mula-mula belum confirm tu pun banyak gak yang dia explain. So kalian kalau nak survey langsir di Nilai jangan lupa survey kedai ini juga. Cari orang nama Tan..

Ok cerita pasal kipas pulak kan alang-alang dah balik KL so marilah kita round ke kedai-kedai yang banyak orang kata murah. Oleh kerana sama je design-design yang saya dah tengok untuk kipas ruang tamu dan bilik di KL dan BP cuma harga je yang berbeza. Saya decide nak beli kipas Deka V6 yang macam saya berangan tempoh hari tu.

                                                 
Tapi rupa-rupanya dah ada model terbaru lagi iaitu Deka V12 baru je keluar. Design sama macam Deka V6 cuma ada improvement konon ada 30% anginnya lebih sejuk. Katanya design blade lagi serong (tah macam mana la) dari model V6.

 Harga tak jauh beza kalau model V6 RM640 (kat Cima Lighting)..kalau V12 RM699 (kat Avalon). Kecek punya kecek kat kedai Avalon ni akhirnya dia bagi RM650 untuk model V12 hip-hip horey! Saya beli dua unit yang sudah semestinya kaler putih hehe untuk ruang tamu dan masterbedroom.

Tinggal kipas untuk ruang makan je. Saya tak jadi beli Vannus yang blade dia boleh tutup tu.

Saya nak beli yang macam ni sebab tempat makan tu macam kosong je. Kipas yang ada lampu chandelier ni saya dah survey kat BP RM2000. Kat KL dan Nilai dapat RM1800. Tak banyak kedai lampu yang ada. Ada satu kedai lampu ni kat Puchong ada jual paling murah RM1500 tapi kena order. Warranty 3 tahun. Sejuk pun biasa lah macam kipas Vannus Crystal tu sesuailah untuk ruang makan..

Setel sudah langsir. Kira langsir raya lah untuk 2-3tahun akan datang, hihi! Tiap-tiap tahun nak tukar langsir, fengsann! Tak sabarnya nak pasang langsir, ahaks!





6 comments:

micah aje said...

rumah nnt tema kelabu hitam ke.? huhu

Hayatie Hashim said...

Micah: tema hitam putih cokelap gelap..langsir je kelabu..kebetulan matching la dgn cat rumah..putih & kelabu..hihi

EIJAM'S FAMILY said...

mmg cantik pilih langsing tue :) kiter suke

Hayatie Hashim said...

Eijams: Tq-tq :)

Engku Artini said...

Cantik langsir

v3in said...

Salam. Boleh review kipas v12 tu tak?

Sekarang pakai ada beza tak dari awal2 beli dulu?

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea