Monday, June 10, 2013

Baju Raya 2013

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 3:14 AM
Woot-woot, baju raya akak dah siap! Haa, kalian dah siap kah? :) kecoh je. Rasanya tahun ini kali pertama saya pakai baju yang saya tempah dengan tukang jahit orang. Tahun-tahun lepas kebanyakkan saya pakai baju kurung yang saya jahit sendiri. Dan selalunya baju raya yang lepas2 saya 'recycle' je..huhu
Tahun ini saya hantar 3 pasang kain ela terus kat tukang jahit bulan lepas. Kain pasang ni semua saya tak beli, hadiah orang bagi dari tahun-tahun lepas. Yang kelabu tu (hehe sendondon lak dgn langsir rumah!) kawan saya bagi 2 tahun lepas. Yang batik putih dan kain biru tu pun tahun lepas punya, hadiah dari kawan. So tahun ni tak payah beli kain ela untuk raya lah yer, jimat-jimat hihi!

Nasib baik mak saya bebel suruh saya hantar jahit je bulan lepas, 'bila tahun ko nak jahit kain yang berbungkus-bungkus tu! katanya, huhu. Akak yang jahit ni pun dah tutup tempahan untuk raya ni. Kalau tak alamat memang beli ready-made je lah which memang jarang nak jumpa size untuk orang tinggi 170cm ni. Kalau nak ikut size badan kena size M, tapi senteng. Nak kan yang labuh ikut tinggi kena ambil size XL tapi 'gedobos' besar.

Ok baju mak dah setel, tinggal nak cari baju melayu anak-anak dan encik boss. Baju diorang ni senang je, ready made banyak. Ingat tahun ni nak beli sedondon kelabu dan putih. :)


2 comments:

Fizah said...

weehoo..sewonoknyaa dah ada baju raya!! =D

Hayatie Hashim said...

Nanti pas raya nk pi open house xdalah asyik kata..aisey..baju ni dah pki kt rumah ni...

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea