Tuesday, May 14, 2013

Tebus Point Kad Mesra dengan Isi Minyak

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 11:22 PM
Woot-woot, akak ketinggalan bas! Rupanya dah boleh tebus point dalam kad Mesra Petronas dengan isi minyak lah! Tengahari tadi saya singgah ke stesen Petronas yang baru dibuka di Jalan Tan Swee Hoe tu. Masa keluar dari kereta, staff tu tanya dah pernah tebus mata kad mesra atau tidak, saya kata tak pernah lagi. Point ada berapa pun saya tak tahu, huhu!

Dia kata, takpa boleh check, boleh tebus sekali dengan isi minyak. Mula-mula dia masukkan kad mesra dalam mesin tu, (Tak perasan apa yang dia tekan, saya masih terpinga-pinga, ingatkan nak tebus point dengan barang-barang je, huhu!) Lepas tu dia angkat nozzle terus isi minyak.


Kejap tu keluar resit. Point terkumpul sebanyak 1,588 tu dapat ditebus dengan berjumlah RM15.88. Okla tu kan. Malu lah point sedikit je, orang lain lagi banyak berpuluh ribu, hihi! Macam mana nak bagi banyak ek? Kalau isi minyak kete pun seminggu sekali je, beli air ke jajan ke dalam kedai Mesra pun boleh dikira, huhu! Kata staff tu lagi, kalau tak tebus rugi nanti boleh expired. 

Sampai rumah terus check website www.kad-mesra.com.my..
Oooo..patutlah, haha! Apalagi moh tebus point kad Mesra kalian pula. Daripada nak tebus dengan air mineral, air kotak lah! :)

7 comments:

Fizah said...

sy prefer kad smile..pasal jumlah point naik sama dgn jumlah rm isi minyak...klu kad mesra rasanya ikut brp liter minyak kita isi, tak ikut rm..berjanggut tunggu point naik cenggitu kikiki...tp klu selesa dah ngan mesra blh aja kok...janji dpt ditebus..;p

Hayatie Hashim said...

Fizah: jarang isi minyak kat esso-mobil..sbb selalu jumpa Petronas je..last-last isi kat Petronas je lah senang, kih kih!

Nurul Hazimah said...

:) Puan kalu isi minyk at Petronas , masa bg kad mesra tu puan minta bil sekali.. kadang2 dak2 casher ne nakal dye tak masuk kan poin kita pon.. dulu saya selalu terkena.. lepas dah bnyk kali kena .. ha hamik resit berlambak2 at dalam kereta dah boley buat kita semula :)

Hayatie Hashim said...

Imah: Saya selalu pakai Credit Card encik boss yg khas utk minyak je, sebab malas nak menapak ke cashier nun, lagipun anak-anak tinggal dalam kereta kan, bahaya! So sendiri swipe kad mesra lepas swipe credit card tu, hihi! :)

Nurul Hazimah said...

ooo tu ag senang :)

Mohd Sukri said...

Saya yg pelik..tak pernah tebus point ingat nak simpan sampai 2 ribu..tapi setiap kali minta resit semasa isi minyak..point available semakin menurun sampai 700 skrg drpd 1+++..nak tebus habis macam mana ye..nak close terus kad mesra dan tak akan isi minyak lagi dkt petronas..saya sebagai pengguna rasa dizalimi..sekian tq

Mohd Sukri said...

Saya yg pelik..tak pernah tebus point ingat nak simpan sampai 2 ribu..tapi setiap kali minta resit semasa isi minyak..point available semakin menurun sampai 700 skrg drpd 1+++..nak tebus habis macam mana ye..nak close terus kad mesra dan tak akan isi minyak lagi dkt petronas..saya sebagai pengguna rasa dizalimi..sekian tq

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea