Monday, May 13, 2013

Syukur Terselamat dari Kemalangan

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 12:49 AM
Syukur pada Allah S.W.T kerana dengan izinNya kami sekeluarga terselamat dari dirempuh kereta yang dipandu menongkah arus di laluan kanan lebuhraya PLUS oleh orang 'mental' semalam, sewaktu dalam perjalanan pulang ke Batu Pahat.

Sewaktu kereta kami berada di lane kanan, secara tiba-tiba ada sebuah kereta yang dipandu menongkah arus melunjur laju dihadapan kami. Mujur encik suami sempat mengelak dan masuk ke lane tengah semula. Saya menoleh ke cermin belakang untuk melihat kereta 'gila' itu, beberapa kereta di belakang kami yang mungkin juga sempat mengelak dan selang beberapa kereta saya  nampak beberapa kereta dah berpusing dibelakang. Saya kira kereta itu sudah pun bertembung dengan kereta malang yang tidak sempat mengelak :(

Saya takda nombor PLUSLINE dan terpaksa gugel jap untuk mencari nombor itu, saya kira saya  orang pertama yang menelefon PLUSLINE untuk melaporkan kemalangan itu sebab mereka pun belum menerima apa-apa panggilan lagi sebelum itu. Dengan suara yang agak panik dicampur mengeletar lagi, menjawab soalan operator itu, di kilometer berapa, arah mana bla bla bla..

Sepanjang perjalanan itu, berbagai-bagai assumption yang kami buat tentang motif kereta itu antaranya sama ada pemandunya mabuk, terbabas ke lorong bertentangan dan terus memandu sebab ingat itu lorong yang betul, ataupun orang yang tekad untuk membunuh diri.


 Pagi-pagi saya dah gugel berita mengenai kejadian semalam dan akhirnya persoalan kami terjawab. Betul lah cakap encik suami bahwa orang itu mahu membunuh diri. Ya Allah, syukur sebab kami sempat mengelak tatkala kereta2 itu betul-betul dihadapan kami. Saya rasa kasihan dengan kereta malang dibelakang yang tidak sempat mengelak dan bertembung dengan kereta itu. Semoga tiada yang terkorban hendaknya. :(

Sungguh manusia sekarang sangat 'Mental' dan boleh membahayakan nyawa orang lain dengan tindakan mereka. Semoga kita semua berada dibawah lindungan Allah S.W.T dari kejadian-kejadian seperti ini. Mak saya selalu pesan pada saya supaya jangan balik waktu malam-malam kerana bahaya dengan orang-orang yang mabuk, etc. Tapi saya selalu kata, insyallah takda pape-takda pape. Bila ingat kat anak-anak rasa serik pula nak drive waktu malam lagi. Betulah, kalau orang nak mabuk-mabuk selalu waktu malam2 kan lepas keluar dari pub ke apa. 


5 comments:

amirah said...

Ya Allah..bahayanyaaa...syukur takde apa2 yang jadi

Fizah said...

Ya Allah cuaksnyaaa...alhamdulillah takde pape...tp siann org2 belakng tu kan...adehh sabor je...bunuh diri dan nak bwk org skali...

Allene said...

nak bunuh diri, menyusahkan orang lain n bunuh orang lain sekali... apa la...
Nasib baik awak n family terselamt...

Hayatie Hashim said...

Amirah, FIzah, Allene: Tq, itulah syukur pada Allah. Kadang2 kita dah betul, orang lain pula tak betul dan kita terbabit, nauzubillah! Minta dijauhkan..

Pewaris Silat said...

alhamdulillah..nasib baik allah lindungi yati sekeluarga..perkara yang sama pun pernah terjadi pada kami dulu..trauma sekejap..syukur2x..

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea