Sunday, May 26, 2013

Set Hud & Hob Dapur @ Johor Furniture Fair 2013

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 2:50 AM

Hari Sabtu yang lalu, sempat juga kami terjah ke Johor Furniture Fair 2013 di Persada Johor yang berlangsung selama 3 hari dari 24-26 May 2013. Motif utama memang nak survey barang untuk dapur iaitu set hud dan hob dapur.

Tak banyak sangat exhibitor untuk barang elektrik yang banyaknya perabot dan tilam je. Selama beberapa minggu ini saya asyik survey mengenai set dapur yang ok. Banyak terjah ke forum-forum dan blog-blog orang yang cerita pasal ni. So far ada beberapa yang saya dah aim antaranya:

1. Fotile - 
2. Rubine-
3. Tuscani -
3. Senz -

Sampai dah naik tepu nak memilih. Nak yang bagus tapi tak mahu yang terlalu mahal tapi mesti kualiti yang ok dan warranty yang panjang, hah camno tu?hehe. Memang nak beli 4 barang terus untuk built-in sekali dengan kabinet dapur iaitu Hud, Hob, oven dan microwave.  Susah juga nak pilih sebab setiap satu brand range harga untuk ke empat2 set tu lebih kurang je RM6000+-

Last sekali saya pilih set Rubine. 
                               
+
                               
Total pakej untuk semua ini adalah RM5700. Which memang lagi murah lah dari brand-brand lain plus dapat free gift lagi iaitu Rubine single induction cooker. Dapat hud new arrival yang suction power lagi kuat dari yang lain-lain 1350m3/h. Cooker unit memang saya pilih jenis Induction+Hi light (ceramic). Ada dua2 jenis senang sebab kalau induction sahaja nak kena guna periuk jenis stainless steel atau cast iron. Sebab tu orang kata kalau induction cooker ni cerewet sebab kena pilih periuk. Kalau jenis Hi light ceramic ni apa2 periuk dan kaca pun boleh.

 Ada beza ke induction dengan hi light ni? Yup, kuasa memanas melalui induction lebih cepat berbanding hi light. Kalau kita masak guna induction yang panas hanya bahagian bawah periuk sahaja..means kita boleh pegang bahagian keliling atas periuk/kuali tu tak panas sebab dia punya kepanasan tu hanya centralized dibahagian bawah periuk sahaja. Tapi kalau masak guna induction kena pandai control suhu sebab selalu cepat hangus . Kalau hi-light sama macam masak atas api, satu periuk tu panas. Eh terhover, len kali buat satu entri pasal induction vs ceramic/hi light cooker.

  Sebab kat rumah sekarang ni pun saya dah biasa masak guna induction cooker juga. Tak payah order gas, huhu! Electricity consumption memang lebih kurang je kalau beli gas. Warranty untuk motor hud Rubine ni pun sehingga 5 tahun. Hari-hari masak, pagi petang guna induction cooker ni, bil elektrik kat rumah sekarang ni lebih kurang RM50+- 

                               
Saya beli juga set water heater ni sebab murah. Borang 4 unit terus untuk 4 bilik air. Dah survey juga brand2 lain tapi range dari RM400-700 untuk jenis heater (with pump). Yang ni  Brand Deka RM399 (with pump), warranty on heating element adalah selama 7 tahun. Ok lah kan, dah tepu nak pilih yang lain, huhu!

 Tempat penyidai tuala Stainles steel ni pun saya angkut juga hat yang panjang belah atas tu dah kata buy 1 free 1, ada cangkuk2 sekali.


 Boss besar dan boss kecit tengah kira-kira, hahaha!

Ok setel bahagian dapur! Antara barang-barang yang belum cari lagi:

1. Kipas angin -
2. Langsir -
3. Carpet -
4. Lampu hiasan utk ruang makan, ruang tamu, tangga
5. Aksesori dinding - cermin, frame etc
6.
7.

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea