Thursday, May 30, 2013

Prototaip liner CP, LaLiLo

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 11:52 PM
Fuh lama dah projek LaLiLo saya terbengkalai. Lama dah tak buat CP baru walau kain tak berjahit ada satu beg lagi. Lepas kebanyakan CP habis stok, saya hold dulu untuk buat CP sebab saya nak come out dengan pattern yang baru untuk LaLiLo. Saya taknak lagi continue dengan pattern lama yang mana pad (absorption layer) di top-stitchkan atas wing. Dalam tempoh itu banyak proses try-and-error. 

Selalu dapat e-mail customer-customer yang nak apron siap, CP tapi semua terpaksa ditolak sebab saya memang tengah bercuti dari menjahit. Sementara ini saya memang tak ambil sebarang tempahan sebab saya nak fokus siapkan untuk item-item yang ready-made sahaja.

Percubaan nak buat hidden absorption layer belah dalam pula kali ini. Abaikan kehuru-haraan jahitan sebab setelah 8 bulan tangan tak menyentuh mesin semuanya dah 'keras', dengan pedal2 mesin pun dah kejung (nak kena servis tu). Tangan pun dah tak 'selembut' dahulu tatkala membuat pusingan U *sigh*

So masih tak berpuas hati dengan prototaip ni. Rasa macam nak tukar bentuk wing itu juga. Ok nexttt!  :D
Baru nak mula sesi 'memanaskan enjin' menjahit ni. Nak update semula website LaLiLo..slow-slow..

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea