Friday, May 31, 2013

Progress rumah & Lampu Pagar

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 2:05 AM
Hehe, saya ni asyik lah post gambar-gambar sebelum je. Gambar hasil selepasnya takdak lagi. 'Napsu' je beso ni ngap tu ini..tapi tengoklah hasilnya nanti, hahaha! Ok gambar selepas banyak yang takda lagi sebab banyak kerja-kerja pasang memasang belum siap lagi. Sekarang rumah sedang kerja-kerja wiring, tambah plug point, pasang lampu downlight sana sini. 

Baru lepas pasang grill rumah itu pun tingkat bawah siap dulu. Kalau kat tempat lain makan masa 2 bulan baru siap. Bila takda grill, tak boleh nak pasang barang-barang lain sebab takut kena pecah je cermin malam-malam hari.


 Bila dah ada grill, aircond pun boleh pasang. Siap dah pasang aircond kat tempat2 yang dah di conceal tempohari. Tinggal nak cat je.




Sementara tu kitorang survey lampu hiasan untuk tembok pagar depan rumah ni. Macam-macam bentuk dan rupa. Tak banyak pun nak beli, cuma 3 biji je sebab ada 3 je tembok yang nak diletakkan. Belah tepi nantilah dulu, kot-kot lah ada plan nak tukar design tembok lain ke..huhu.

Survey je dulu..belinya tak lagi ..hihi





  Dalam banyak2 bentuk, tak tahu lah kenapa saya suka bentuk lampu yang especially ada macam bumbung kat atasnya, nampak comel je, huhu! nak-nak ada warna putih lak tu. Kalau hat putih ni RM200 sebiji tapi besi jenis cat coating je.

Kalau gini, jenis aluminium. Kebaikannya tak karatlah..survey je, nanti nak ke Nilai pula..boleh survey lagi kotlah kat nilai lagi murah..huhu


Oh semalam menggatalkan diri pergi ke satu kedai langsir dan hiasan dalaman kat bandar BP. Saje je nak tengok harga untuk langsir satu rumah.

                                               
Hambik ko RM4750, hehe itupun sebab saya request aluminium rod macam pic kat bawah ni. And rasanya dia tertinggal quot untuk sliding door juga..kalau campur sliding door RM1k++ dah almost RM6k juga lebih kurang macam quotation masa Johor Furniture Fair hari tu juga


 Cantiklah aluminium rod ni. Dia kira RM18.00 sekaki. Memang cantik kalau letak kat ruang tamu, sliding atau master bed kan tapi jangan lah letak satu rumah *fengsannnn!* Tak tahu range harga untuk aluminium rod ni berapa sebenarnya..

 Yang ni pula roller blind. Dia cadangkan letakkan bilik-bilik sebab kosnya lebih murah dari pasang langsir. Yang ini memang datang ready made dan boleh fit dengan tingkap 6 panel lebih kurang 6-7 kaki la.dia bagi RM170 satu set. Corak tu pun boleh pilih ada macam-macam. Tapi yang tak best..kalau siang kita dah roll naik atas nanti nampak lah dalam..sebab tingkap rumah saya tak tinted..huhu!

Ok moh lah kita ke Nilai lepas ni nak kasi puas hati dek kerana orang asyik kata Nilai lagi murah...Bajet untuk langsir kalau boleh dapat complete satu rumah tak lebih RM3k memang saya borong kat sana terus..tapi tak nak memahal nak yg cun dan kualititi tak kalah gak tu..cemana lah tu hadoi! heheh!

14 comments:

Iela Fazielah said...

Serius srmya cun kak.... Budget msk rmh akak mmg kaw2 terbaik la...

adianiez AIDA said...

sgt besar rumah! best!!!
aida in shaa Allah end of next year.
tapi umah aida kecik aje :-)

Hayatie Hashim said...

Iela fazielah: budget pun kena 'cun' gak..uhuk

Aida: tq..alhamdulillah..wah dah boleh start survey brg2 dah..jgn mcm kami last minet..haru. :p

Fizah said...

wahh kak aida..beli umah katne? leh i dtg terjah..ehee

eh nk komen umah yatie sebona eh..

grill putih..i loike!~ ;)

Hayatie Hashim said...

Fizah: grill putih..tu pun dah comot2 tercalar2..uhukkk susah gak nak maintain

Yaati Nor said...

dulu saya rasa house of light kat Bukit puchong kedai lampu plg murah..bawak member gi sana..nak byr siapa kena amik no..skrg baru dpt info Avalon kedai lampu plg murah..ada byk kat Puchong intan bandar putri..gi la tgk kat sana..husband saya kata kedai tu letak harga bwk market price..
saya suka grill mcm tu..blh titu kot..hehehe..
semua bilik taruk aircong yek..mmg budget kena cun nie..hihihi

amirah said...

wowww..dah nak siap dah...tgh tggu nak tengok langsir pulak..: )

Hayatie Hashim said...

yaati Nor: ahah aircond 5 biji..semua tempat ada kecuali dapur..huhu alang-alang..nanti kalau nak pasang kendian2..dah leceh kena tebuk2 lagi..

Amirah: haha..saspenn... :D

nazirah Abd Lateh said...

salam kak.try akak tgk blog moon. dia ade wat promo pasal sarah hughes globe. langsir murah2..kot ade yang akak berkenan..hehe

zira

Hayatie Hashim said...

Zira: ye ke...ok tq 4 the info..nanti akak terjah..

Emmy said...

kak, umah akak kat mana? besar betul. saya rasa kat KL kalu dengan tanah lebih2 tu dah juta2 dah tu.

Hayatie Hashim said...

Emmy: Taman Santalia Indah, Parit Besar Batu Pahat :)

Didie Kamila said...

Cantik dan besar rumah..deko2 rumah pun nice..:)

Hayatie Hashim said...

Didie: Alhamdulillah, Thank you very much! :)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea