Thursday, May 2, 2013

Pencarian Kabinet Dapur

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:47 AM
Sejak dapat kunci rumah awal minggu tuhari, Pelbagai kerja-kerja asas sebelum memasuki rumah baru telah pun mula berjalan. Minggu ini sahaja, orang keluar masuk rumah untuk mengukur bahagian-bahagian yang patut bagi melaksanakan kerja-kerja mereka. 

Hari itu kami dah survey mengenai pemilihan kabinet dapur untuk ruang dapur rumah baru kami.
 Inilah bahagian dapur yang menunggu masa untuk ditransformkan.

Selepas kunjungan kami tempohari, orang kabinet tu dah siap-siap buat basic sketch tentang reka letak kabinet untuk ruang dapur kami, selepas mengambil ukuran dirumah. Basic sketch berserta quotation untuk keseluruhan. 

Setelah puas mengugel, menyelak majalah, akhirnya saya memang berkenan dengan stail kabinet dapur seperti dibawah ini..stail mirror-glass

L-shape memang sesuai dengan ruang dapur saya, additional mini bar counter seperti didalam sketch untuk ruang makan ekspress ( cewah) yang boleh memuatkan 4 biji bar stool.

  Kata orang tu, kalau buat stail ni, nak kena selalu lap sebab permukaannya akan senang nampak comot kalau terkena bekas tangan dan sebagainya. Saya kata takpa, sebab itu lah kerja saya juga nanti, kasi kilat semua perabot, haha! Kata profesional fulltime housewife konpem lah ada masa nak menyental je kejenya, haha! Lagipun saya suka cermin-cermin sebab boleh membuatkan sesebuah ruang itu nampak lebih luas kan.

Set kabinet ini sekali dengan built-in kitchen appliances brand Tuscani seperti Hood, hot plate, microwave dan oven. So kami dah tak perlu beli separate untuk microwave dan oven. Set ini ada LED light lah dekat bahagian tertentu.

Tak sabar nak tunggu installation selepas confirm lusa, sebab dia nak tunjuk 3D sketch dan quatation baru sebab ada penambahan kabinet lagi untuk frigde. Encik boss pun dah angguk-anguk je (sib baik tak geleng-geleng, haha!) Sebab dapurkan ibarat 'ofis' untuk surirumah so kena lah pilih ikut citarasa pengguna tegar 'ofis' itu, kih kih! Ini kali lah! :D

Harap-harap takda aral yang lain...

11 comments:

Fizah said...

wah kemain grand lagik =p

tak sabar nk tunggu hasilnya...;D

Asz Miza said...

wahhh..exclusive sangat design..cantik!

Riana said...

cantik rumah..yati beli kat mana?

amirah said...

bestnyaaa...syukur. nanti ada bajet nak wat gini jugak. aminn

Hayatie Hashim said...

Riana: Taman santalia indah, Parit Besar, Bt Pahat. :)

Hayatie Hashim said...

Fizah: opkos laporan penuh menyusul nanti..hehhe

Hayatie Hashim said...

Asz miza: Tq2..pening pale nk memilih..huhu

Hayatie Hashim said...

Amirah: alhamdulillah..lama dah simpan untuk perbelanjaan rumah baru ni :)

rinz raime said...

Hohoh.. bestnya..sy pun sokong dapur mesti puas hati sbb kita yg akan kerja keras situ.. kalaulah budget dan keluasan bukan halangan.

Hayatie Hashim said...

rinz raime: Kan..hihi! :)

masitah aliyar said...

sis...material mirror glass nih mahal x?

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea