Thursday, May 16, 2013

Meter TNB hilang!

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:54 AM
Semalam sampai-sampai ke rumah baru kami untuk urusan ukur-mengukur, tengok-tengok meter dah hilang. Hai lah nasib!Siapa lah penya kerja mencuri ni. Tapi yang hairan, kepala meter je yang hilang, wayar-wayar tembaga tu tak plak hilang. Mungkin kerja pencuri tak pro sebab takut nak sentuh wayar tu nanti kena karen gak, hoho!
 Hmm biasalah, dah lah rumah kami yang paling hujung sekali. Memang senang lah orang nak buat kerja. Lagipun belum ada pemilik yang dah mulai pindah ke sini lagi. Sebab masing-masing dalam fasa mengubah suai rumah2 mereka. Jadi malam2 masih gelap gelita kat sini.

 Hari terus buat report polis. Ni memang prosedur dahulu sebab takut kita pula yang dikatakan 'mencuri' pula. Nanti kita pula yang kena bayar kos-kosnya. Lepas buat report, terus report ke TNB. Hari ini juga diorang datang pasang. Cepat dan pantass!

Ini pula kejadian tayar belakang trailer kontena ini telah terbenam ke dalam lumpur tepi tu semasa nak keluar dari simpang, sewaktu saya hendak ke rumah baru lagi petang ni. Tak tahu celah mana lagi nak pusing sebab ini sahaja jalan nak kerumah saya. Last2, saya susur kat belah rumput tepi parit tu dengan bantuan driver lori tu sendiri yang tolong navigatekan, huhu!. Ngerinya, tak pandai bajet tayar jatuh masuk parit tu..

Berbalik kepada kejadian kecurian tadi. Lepas ini, bila dah duduk WAJIB pasang security Alarm, CCTV dan spotlight dekat depan rumah sebab rumah kami yang paling hujung dan bersebelahan 'hutan' kan. Takut plak nak duduk sorang kalau encik boss oustation ke nanti..huhu



3 comments:

Fizah said...

rumah kitorang awal2 hari tu pos box tu pun hilang! haihhh sabor je

micah aje said...

meter tnb pun ada orang nak curik...hurmmm

Mimey Nordin said...

Kos pemasangan tu kena charge tak?

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea