Thursday, May 23, 2013

Lagi Kisah Mencuri

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 1:45 AM
Hari tu kecurian meter TNB dirumah baru. Semalam berlaku lagi kecurian dirumah yang kami duduk sekarang. Lebih kurang pukul 11 pagi  ada lori berhenti belakang rumah dan bunyi orang punggah barang. Saya buka tingkap dari bilik atas saya nampak orang ni sedang mengambil besi dari dalam pagar kawasan belakang rumah saya ini masuk kedalam lorinya dengan SELAMBAnya. Yang bestnya siap panjat pagar tu macam orang tak salah, sebab pintu tu berkunci.

Saya tanya dia siapa yang suruh ambil besi-besi tu? Dia jawab, abang suruh! Saya call encik suami dia kata takda. Sah orang mencuri, encik suami cepat-cepat suruh halang. Saya jerit kat dia suruh letak balik kalau tak saya report Polis. Dia jawab kata dia sudah bayar.  Saya memang tak berani nak keluar, buatnya dia ada pistol ke apa. Orang sekarang ni macam-macam ada..huhu

Saya agak tergamam jap, yang terfikir nak snap gambar lori tu dengan harapan dapatlah tengok alamat syarikat yang tertera kat pintu lori tu. No plat lori tu memang tak dapat nak snap sebab angle yang tak cukup  dari atas tu dengan terhalang dengan dinding rumah sebelah lagi. Nasib baik lah memang saya nih kaki suka snap gambar je kat mana-mana, huhu!

 Bila dia nampak saya dah snap gambar dari HP, agak tergopoh-gapah nak cabut. Berani sungguh mencuri disiang hari. Sah-sah lah nampak rumah ada orang dengan tingkap yang terbuka.

 Nah, semua besi-besi stainless steel tu selamat dicuri masuk dalam lori dia. Besi-besi tu sebenarnya adalah railings dekat tepi jalan. Masa tu encik suami dapat job untuk tukar besi-besi tu. Besi yang lama tu yang letak kat belakang rumah ni sebab takda tempat untuk simpan buat sementara. 

Habislah kau!

Nasib baik bila zoom gambar, nampak dengan jelas alamat syarikat tu. Petang tu juga, lepas habis kerja encik suami buat report. Inspektor dah datang rumah semua untuk siasatan. Sebenarnya kami tak kisah sangat pasal value besi-besi tu, tapi attitude orang begini memang kita tak boleh diamkan. Kalau kita bersikap ala, tak kisah lah, berapa sen sangat benda tu bla bla secara tak langsung kita menggalakan lagi orang-orang ni buat kerja begini ditempat lain. Biar dia kena dengan undang-undang, baru ada serik sedikit (kalau seriklah, huh!)

4 comments:

Fizah said...

melayu ke india tuh? peh, berani giler kot ada org pun selamba dekk dia je...adui...mcm2 hal! geram nengokkan......

Hayatie Hashim said...

Fizah: India.. Orang nak mencuri dah tak buat kerja-kerja waktu malam dah...huhu! Siang-siang pun selamba...tgh ada orang plak kat rumah tu. Haishh!

ayu said...

Gud yatie...mmg patut buat mcm tu...
Btw lps ni hati2 tau

Hayatie Hashim said...

Ayu: insyallah

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea