Monday, May 6, 2013

Kekerapan Menukar Tuala Mandi

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:28 PM
Tengah-tengah melipat pakaian, terpandangkan tuala mandi yang dibasuh berhelai-helai terus saya tertanya, eh berapa kali aku nak basuh tuala-tuala mandi ni? Asyik basuh je..Terus lah curiosity nak tahu sehingga berapa lama kah yang sepatutnya kita pakai semula tuala-tuala mandi ini.


                                 
Hasil dari penggugelan yang saya baca, purata seseorang individu itu kehilangan lebih kurang 1juta sel-sel kulit mati setiap jam, menurut 'Medical News Today'. Jadi  tuala mandi yang tidak di sidai dan dikeringkan sepenuhnya boleh menjadi tempat membiaknya bakteria ditambah lagi dengan sel-sel kulit mati kita yang dah terlekat di tuala itu.

Jadi berapa kerapkan yang sepatutnya kita menukar tuala mandi ini? Menurut artikel Medical News Today itu lagi, seelok-eloknya kita perlu menukar tuala mandi selepas 3 kali penggunaannya. Dan ada artikel mengatakan dari 3-5 kali penggunaan. Maknanya lebih kurang dalam 2 hari sekali kita kena tukar dan gunakan tuala mandi yang baru

Hah, kalau ikutkan kebanyakan (termasuklah tuan yang menulis nih, haha!) rasa seminggu baru nak tukar kot atau tunggu sampai ada bauuuuu, haha! Tapi saya sejak dah ramai penghuni rumah ni memang kerap tukar tuala mandi sebabnya anak-anak suka amik tuala lepas tu letak je. Tak pun, si abang tu amik sedap je capai tuala bila nak lap tangan ke apa-apa lah, hmmm! Lagi satu bila guna tuala yang baru setiap kali lepas mandi rasa macam puas dan bersih je kan! 


#Nak jadikan rumah ala-ala hotel. Jom beli tuala mandi banyak-banyak :P


Sumber:
1. How Often Should I Change My Bath Towels? |eHow.com 
2. How ofthen Shoud You Wash Your Bathroom Towels and Rugs? |mamaslaundrytalk.com







6 comments:

Fizah said...

pastu cara nak sidai towel tu kan..sy pakai penggantung kt dinding je..ada yg pakai stand towel hanger..mcm2 cara kan..rasa best sgt dpt pakai towel baru basuh..nyaman!

Ila said...

fren,buat tutorial ubahsuai kurung jadi kurung menyusu...klau ko ada masa

micah aje said...

2-3 kali penggunaan? kena kerap tukar nih...thanx sharing info sis

Hayatie Hashim said...

Fizah; macam2 caraorg sidai towel ..yg xleh tahan kalau sangkut je kat cangkuk atau paku..sbb towel xkan kering sekata..huhu

Ila: letak zip kat pesak je...

Micah aje: kalau ikut hygiene guidelines lah..x lebih 3 kali means hari2 kena tukar towel baru..huhu

intandayani said...

tq share info ni..tak pernah terfikir nk menggugel pasal ni..

Hayatie Hashim said...

intandayani: Welcome dear :)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea