Sunday, May 5, 2013

Idea Lanskap Laman Tepi rumah

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 5:09 AM
Kelmarin, tinjauan ke rumah, semak samun di kawasan laman tepi rumah dan belakang dah pun ditarah. pendek. Baru lah rasa lapang sedikit. Tinggal kawasan semak belah luar pagar itu sahaja je yang belum ditarah separuh. Memang perlu ditarah kalau tidak nanti semaknya masuk kedalam pagar sekali dan juga untuk mengelakkan haiwan-haiwan yang tidak diundang ke rumah, huhu!

Bila dah lapang begini, baru macam-macam idea lanskap toing-toing macam mentol kat kepala, haha! Huh, dalam pun belum habis deco lagi dah nak pikir luar pulak ye. Sambil menyelam sambil minum air. Plan saya nak tutup longkang untuk salur air dari bumbung nih. Letak gutter dekat keliling bumbung rumah salur dekat satu paip dan lalu terus bawah simen. Kalau tak tutup nih, adalah kejadian kanak-kanak aktif jatuh longkang sewaktu berlari-lari ke sana ke mari.

Ada plan juga nak jadi kan tempat minum petang kat ruang sliding door kat tengah tu. Letak set kerusi outdoor. Bolehlah mengeteh sambil hirup udara segar dan lihat pemandangan hijau semak samun kat sebelah tu, hey segar apa walaupun semak, haha! 

Ini ruang belakang dapur saya. Takda plan nak buat lanskap pun sebab plan memang nak sambung habis nanti tapi later lah. Kalau nak tanam sayur-sayur ke pun kat balik pagar tu. Kat belakang rumah saya ni takda rumah dah, kat belah tepi pun sama, kemudian hari tak tahu lah development apa nak buat kan. Semua kawasan hutan kelapa sawit je. Rumah yang kami beli ni rumah terakhir dari sederet 12 biji rumah Semi-D. Skit je perumahannya.

Ini ruang hadapan rumah, ingat kat hujung sekali tu nak letak Gazebo atau wakaf kecil nanti. Gambar-gambar contoh masih lagi dalam pengugelan. 


Sementara itu, antara gambar-gambar idea lanskap yang saya dah gugel untuk rujukan dikemudian, jom layan kot-kot boleh jadi inspirasi laman ku.. :)

Buat gini pun best jugakan, letak woodflooring yang berplatform sedikit untuk ruang santai famili separuh, separuh lagi rumput hijau. Tapi kalau nak buat gini atasnya perlu berbumbung ye dak!

 Atau ruang begini, ada stepping stone. Oh saya memang suka pokok-pokok hijau sahaja berbanding yang berbunga-bunga.



 Ini macam ruang tempat letak kereta. Uniklah tiles lantai dia..huhu!

 Macam ini pun ok juga, sambung terus sampai Gazebo didepan rumah..ok berangan lagi! :P

Atau tanam rumput mahal atau rumput golf sepanjang-sepanjang dulu, lepas tu baru fikir nak letak pokok apa kat tepi-tepi dia. Sekarang pun dah banyak mini pond yang boleh letak je kat mana-mana ruang yang kita nak kan.

Kemudian saya gugel jenis-jenis wakaf atau gazebo pula untuk ruang laman didepan. Senang boleh duduk-duduk depan laptop sambil layan anak main-main kat depan :)

Antara gazebo2 yang digugel..





Arghh tengok gazebo2 yang dah siap dengan lanskapnya sekali sangat cantik dan syiok. Tapi bila nak mula kat rumah sendiri macam blur-blur pula..huhu

#Gambar lanskap dan gazebo ini semua adalah hasil pengugelan untuk tujuan rujukan tuan tanah yer! :) Buat masa ini belum start lagi, sebab nak fokus dulu kat dalam rumah. Dah setel baru fikir luarnya pulak. Tak tahu lah sama ada nak upah landscape designer atau DIY sendiri-sendiri je..

6 comments:

azura samsuddin said...

ikutkan pd gmbr keluasan umah ni bsr, kat area mana ni yati?? gmbr2 sumber rujukan tu sumenya cantik2 belaka, beshnye main deko2 ni :)

Hayatie Hashim said...

azura samsuddin: Keluasan rumah 4300sq ft..dekat Taman Santalia Indah, Parit Besar, Batu Pahat :) ...Memang besh kejenya asyik nak membeli je, tapi lama2 jadi pening2 lalat sebab nak mix n match tu..huhu

Fizah said...

besarrrrrrnyaaa poach/garaj itu...ahh...seronok bergolek2...

inspirasi laman, vote gmbr no1...cozyyyy sgt..

gazebo vote no 3 n 4...cozy jugakk...oh bestnya cuci mata! ;)

beetle™ said...

saya freelance design landskap rumah. boleh emel saya rapcore_862004@yahoo.com

johnny said...

nice selection.
kalau berminat pasang automatik sprinkler system boleh contact saya

http://www.sprinklerhouz.com/

aziyana said...

tgh planning nk buat landskap kt tepi rumah yg cenonet tu jugak :)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea