Tuesday, May 21, 2013

Hari Sukan Tadika Azri

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 1:26 AM
Fuh macam lama je tak bersiaran dari blog ni..pasal tuan tanah tak berapa nak sihat sehari dua ni plus banyak pula aktiviti hujung minggu, chewaahh! Dari Desaru lepas tu Hari Sukan Tadikan Azri, ok satu-satu cerita :)

Ahad lepas adalah Hari Sukan Tadika Azri di padang ragbi, UTHM, Batu Pahat. Ikutkan malas nak datang pasal sabtu tu kami bercuti di Desaru. Tapi bila nak bagi dia rasa bagaimana Hari Sukan tu etc, kami gagahkan juga lah kesini.

 Seawal 7.30 pagi kena berada dipadang ini tapi kami 7.30am baru keluar rumah, kih kih! Sampai lebih kurang 15minit, pun masih ramai lagi budak-budak yang belum datang lagi.

Lepas pendaftaran bagai tu, kena duduk diam-diam kat khemah ikut rumah masing-masing. Azri pun tak tak ingat dia rumah apa, teacher yang tolong bagi tahu azri rumah kuning SpongeBob.


Tak lama pastu Teacher mintak dia jadi maskot SpongeBob sebab budak yang sepatutnya tu belum sampai-sampai lagi, in case lah! Tapi muka macam nak nangis je..takda mood sebab tak cukup tidur, tengah malam baru sampai dari Desaru.

Last-last adik ni juga yang ganti pakai maskot ni sebab Teacher taknak azri menangis nanti, tak sporting la azri ni..haishh!

Sebelum acara sukan bermula, acara perbarisan diadakan. Semua akan berbaris mengikut rumah sukan masing-masing. 

Ada rumah Yellow-Spongebob, Merah-AngryBirds, Hijau-Ninja Turtle dan Biru-Power Rangers. Azri team Yellow dengan moto 'Yellow Strong'.. :) 

Senarai nama dan acara suka yang disertai.


 Antara acara yang sempat saya rakamkan. Acara yang kedua ni team azri memang tempat kedua. Dengan acara yang terakhir pun dia menang tempat pertama tapi tak snap pic sebab saya dah duduk dalam kereta dengan izzert tak tahan hari dah mula panas.

 Hoho, rezeki mak budak juga hari tu. Saya menang salah satu cabutan bertuah diantara beberapa nombor yang dipanggil. Dapat hamper sebakul kecik ni. Terubatlah juga menunggu dicelah-celah panas terik dibawah pokok, hihi!
Ijet tak sabar dah nak 'mengerjakan' hamper ni...

Piala pertama untuk Azri. Tempat pertama dan kedua untuk dua acara yang dimenanginya. Dia teruja sebab dia memenangi sesuatu dan yang paling penting dia dapat merasainya.. :)

#Saya dulu paling tak suka bila menjelang nak sukan, setiap hari tertentu ada latihan rumah (Bukan kaki sukan masa zaman sekolah dulu, huhu!) Pernah sekali masa hari sukan saya cabut lari balik rumah lepas beberapa jam start sukan. (Sekolah Rendah lah, dekat je dengan rumah masa tu, huhu!)


4 comments:

Fizah said...

ahha tak minat sukan gaks...tp azri pki maskot spongebob tu comelll...tang muke je masham sket...letih ek azri...;)

Hayatie Hashim said...

Fizah: tu lah..masa teacher pujuk2 dah sebak2..terus cancel ..huhu

Yaati Nor said...

zahra pun lil caliph

Hayatie Hashim said...

Yaati nor: oh ye kah..little caliph kat mana tue..

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea