Sunday, May 26, 2013

Dish Rack

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 4:32 AM
Rasanya tentu ramai yang ada dish rack macam ini kan. Dulu saya ada yang serupa bentuk macam ini tapi jenis kayu. Dah lama-lama pakai kayu tu escpecially yang bahagian bawahnya dah mula hitam-hitam berkulat. Kemudian saya beli yang ini di IKEA. Tapi yang kayu tu ok je pakai. Semua pinggan mangkuk tersusun kemas.

Tapi saya rasa macam tak best lepas pakai yang besi ni. Sebabnya pinggan mangkuk yang disusun macam tak berapa nak fit dengan celah-celah besi. Especially mangkuk dan jenis pinggan yang shapenya lain sedikit daripada pinggan biasa. Selalunya saya terpaksa sendal dengan penutup plastik sebagai penghalang, sebabnya kalau kita nak ambik pinggan sebelah2nya, pinggan mangkuk yang tak berapa nak balance tu kalau tersentuh mesti rebah. Kadang-kadang ngeri sebab pernah sekali semua sekali rebah sampai yang depan sekali tu pun rebah dan nak terjatuh kebawah.

Ke sebab celah-celah besi tu telalu rapat gapnya atau pinggan mangkuk yang tak sesuai shapenya..huhu. Lepas ni saya nak cari hat yang rata tu je lagi senang, semua jenis boleh tangkup atas tu. Taknak lagi yang bertingkat macam ni. Cawan pun kalau mug yang tinggi sedikit dah tak boleh masuk celah tempat cawan-cawan.

2 comments:

Fizah said...

sy msh pki yg kayu..kena dgn tema dapur..syaratnya tapis dulu kat rack sinki dah kering sket baru ltk kat rack kayu..dah rajin nnti baru masukkn dlm kabinet,.hihiks..

Hayatie Hashim said...

fizah: oooo ye tak ye juga kan, kalau kering selalu tak cepat hitam..Saya pula guna utk keringkan pinggan yg baru lepas dicuci, huhu! sbb sinki rumah lama ni single bowl je, huhu

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea