Wednesday, May 1, 2013

Blogger Apps: Bloggeroid

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:06 PM
Sahaja ingin berkongsi tentang Blogger Applications (Apps) yang saya guna di handphone. Ada banyak yang kita boleh pilih di Google Playstore, Antaranya seperti yang dibawah. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan sendiri. Hampir kesemua dibawah saya dah pernah cuba.
Tetapi kebanyakan apps yang ada ini tak boleh insert image-between-text (Tak semua lah sbb ada yang saya tak cuba pun), semua image akan dikumpulkan di belah bawah text. Kecuali kalau kita nak insert satu je images tu boleh lah, tapi kalau kita nak buat karangan untuk setiap gambar tu tak boleh. So tak dapat nak cerita skit pasal gambar tu. Kalau ada apps yang boleh insert image between text, kalian share2 lah yer :)

Dan didalam banyak-banyak, Bloggeroid menjadi kesukaan saya jika nak compose entri blog dari handphone. Kenapa Bloggeroid, sebab saya satu-satunya Apps yang boleh insert image-between-text. Sebab saya jenis suka geli gedik post entri bersama gambar, kalau takda gambar saya agak kebuntuan pula nak merapu. 

Screenshot dari Handphone pula


Ini lah rupanya dashboard di Bloggeroid Apps masa mula-mula kita nak compose entri yang baru. Ada sedikit panduan Formatting sebelum kita nak mula menaip kat situ seperti Bold, Italic, Underline, strike. Tapi semua kita kena buat dalam bentuk HTML, kena letak simbol-simbol tu.

Ini screen yang menunjukkan image yang kita dah muat naik tadi semasa mengarang entri tadi. Andaikata kita nak buang salah satu image, kita kena pergi dekat sini, klik remove then save. Kalau kita buang dekat ruang compose didepan tadi tu, memang takkan removelah image ni.

Bila dah habis compose, kita klik Publish dan akan keluar screen ini pula. Dekat atas tu kita pilih blog mana satu yang kita nak publish. Biasanya masa mula2 kita install apps ni dia akan require blogger username & password blogger kita untuk access dan sync info dalam tu. So dalam tu dia akan keluar semua blog2 yang kita ada. Kalau nampak footnote 'Posted from Bloggeroid' tu maknanya akak compose guna handphone je la tu. Tapi boleh juga kalau kita taknak letak footnote tu.

 Bila dah klik publish, akan keluar satu lagi sreen macam ini untuk menunjukkan proses publish tu. Row yang bertulis "0/100" itu menandakan image yang kita insert dalam post tu. Contohnya dalam screen ni ada 28 row tu maknanya ada 28 keping pic yang saya tengah upload. Kalau lebih image dia akan bersambung di screen sebelahnya pula. Oh masa ini saya tengah compose entri pasal Cuti-cuti@ Tasik Kenyir dulu. Masa tu tu En Asus ni masih tengah repair lagi so terpaksa compose guna HP.

Antara kelemahan Bloggeroid ni, size gambar yang upload tidak sebesar kalau kita compose di laptop. Itu sahaja. 





0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea