Wednesday, May 15, 2013

Aktiviti membuat Kad Ucapan Hari Guru

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:38 PM
 Sempena Hari Guru yang disambut pada hari ini, semalam saya kata pada Azri, esok Ahmad Azri bagi hadiah pada Teacher ya! Dia terpinga-pinga dan tanya kenapa, esok birthday Teacher ke? Saya jawab, bukan, esok Hari Guru. Lagi dia terpinga-pinga, hehe! Saya terangkan lagi, Hari Guru tu macam Birthday untuk semua Teacher lah, aci tak? haha! So baru dia faham sedikit. Saya ajaknya buat Kad ucapan untuk Teachernya.

Tekun dia menulis walaupun hanya meniru ayat yang saya dah siap-siap tuliskan dikertas lain. Adik pun 'opkos' nak join juga, huhu! Siap abang cakap, ibu suruh dia buat jauh-jauh skit, nanti terkena kertas Ahmad Azri nih! Amboi,,,


Lepas tu, saya ajar dia buat hiasan skit-skit. Saya buatkan bentuk Love, dia warnakan dan tampalkan atas kad yang dia dah tulis tadi.
 
Tadaa, inilah hasilnya. Walaupun 'huru-hara' skit, tapi bagi saya itulah yang paling comel sebab hasil tulisan tangan budak umur 5 tahun. Dia tak faham ayat-ayat itu tapi dia kenal setiap huruf-huruf yang ditulis. Sambil-sambil tulis dia tanya, ini nama Ahmad Azri ke ibu? Tapi nama ahmad azri skit je..Sebab hairan kena tulis nama dia panjang sangat. Saya jawab, itu nama penuh Ahmad Azri lah!
Pagi ini saya lekatkan atas kotak cuppies nih. Saya belikan assorted Cheese Tart sahaja sebab last minute decision malam semalam, tak sempat nak cari benda lain dah!. Objektif aktiviti ini selain daripada melatih dia dengan aktiviti kraft selain daripada itu untuk mengenalkan pada tentang Hari Guru, bagaimana kita perlu menghargai guru-guru yang telah mengajar kita..

Selamat Hari Guru buat rakan-rakan yang bergelar guru semua! 

2 comments:

Cik Puan Nurul said...

huhuhu comel je tulisan dia..Qaseh pun aku suruh dia bantu abahnya balutkan hadiah(maknya adalah zero bab membalut selama nih mmg kerjaan abahnya) dan suh tulis ucapan kat kad walo dia pun tak berapa paham..

Hayatie Hashim said...

CPN: walau dia tak faham apa yang ditulis pun takpalah, janji tulisan tangan dia, baru nampak 'feel' skit.hihi!

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea