Monday, May 6, 2013

Air-Cond Pipe Concealed Works

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:38 AM
Wah, sepanjang bulan ni gamaknya entri-entri mengenai progress kerja-kerja nak masuk rumah baru je lah :) Selain daripada suka-suka nak update dalam blog :D disamping dapat juga menjadi rujukan orang lain. Sebab selama ini pun banyak yang saya tak tahu kerja-kerja pemasangan, pengubahsuaian etc sebelum memasuki rumah baru. Mana tahu nanti, ada yang mengugel nak buat comparison ke  :)

Kerja pertama yang telah mula dilakukan dirumah kami adalah kerja-kerja 'Air-cond piping/cable conceal'. Sebelum kita nak pasang unit penghawa dingin, kerja-kerja menebuk dinding bagi meletakkan paip untuk menyalurkan kabel dan juga paip air air-cond. Tujuannya nanti, kita takkan nampaklah wayar kabel dan paip aircond tu ditepi-tepi dinding, semuanya telah disembunyikan didalam dinding. 

Kerja-kerja pipe conceal ini adalah pilihan boleh buat atau pun tidak. Pro-nya, ianya akan nampak lebih kemas so tak nampak lah semua kabel dan pipe2 tu. Cons-nya ianya akan menambahkan extra kos dalam pemasangan air-cond. Lagi satu, kerja-kerja pipe conceal ini lebih baik dibuat ketika rumah masih kosong kerana kerja-kerja menggerudi tu akan buat satu rumah berhabuk.

Kos kerja-kerja ini bergantung kepada berapa tempat unit air-cond yang akan dipasang, jarak yang perlu digerudi dari unit air-cond itu sehinggalah ke luar rumah. Sebagai contoh, kos kerja ini untuk rumah kami adalah RM2400 termasuk copper pipe yang akan diletakkan sekali. Kos itu untuk spot 5 biji unit air-cond yang akan dipasang, 3 biji dibilik atas, 1 biji bilik bawah, 1 biji diruang tamu. Kos ini tak termasuk dengan air-cond dan upah pemasangan air-cond tu, yang tu harga lain. 

Kenapa banyak bebenor air-cond yang hendak dipasang nanti jenuh lah nak bayar bil elektrik. Pada pendapat saya alang-alang nak buat, biar lengkap semua. Nanti kendian-kendian hari nak pasang dah leceh dengan barang2 lagi. Lagipun bukan semua air-cond nak buka serentak pun kan, huhu!
Rupa laluan piping yang telah ditebuk dibilik bawah. Lepas tebuk tu mereka akan letak pipe kemudian simen semula. Anggaran kerja-kerja pipe conceal ini lebih kurang 4 hari. Lagi sedikit tempat yang nak diconceal tu lagi cepat lah siaplah kerjanya kot.

Yang ini laluan pipe untuk unit air-cond ruang tamu. Unit ni kami letak dekat dinding ruang dining hall, sebab dekat situ je yang spot yang sesuai. Dia tebuk dari bilik belakang tu,

Yang ini untuk master bedroom. Yang ini tak stret je tebuknya, sebab dah dekat dengan luar.
Bilik diatas.

Contoh Copper Pipe

12 comments:

Fizah said...

pasang je ekon kan..bukan bkk serentak pun..mcm bilik tamu, waktu ada tetamu barulah on kan..? ;)

Hayatie Hashim said...

Fizah: Senang kalau ada kenduri kendara, orang nak ramai-ramai nak menumpang, takda lah kepanasan..hehe!

amirah said...

memang perlu di masa musim panas. kalo tak si kecik tu takleh tido..ermmm...mama dia pun..hehe

Hayatie Hashim said...

Amirah: ditambah dengan musim panas luar biasa sekarang ni...fuh, dduduk diam2 kt rumah pun menggelupur bahan panasnya..huhu

Man Siakap said...

la ni panas ujan tak menentu

Baharuddin Che Din said...

perghh.. mahal jugak kos nk paang aircond kat umah baru pon kan.. ingt rumah kosong takdela mahal sgt. hehe. sy stuju yg alang2 dh pasang, baik pasang terus yg lain kan. senang nk ukur terus time rumah masih kosong

Ahli Parlimen said...

setuju. nanti kalau rumah dh pnuh susah lak. nk kena alih brg la apa la. so kos pmasangan lg murah rasanya kalau rumah masih kosong. skrg aircond pon tak la mcm dulu mahal. aku prasan bnyk yg dh murah. sbb bnyk brand yg ada

Encik Topeng said...

mmg pon. skrg aircond yg kecik mcm 1hp punya 500 lebih dah dapat sebijik dah. yg branded pulak tu. ni aku tgk kat iklan courts. cooling fair punya promotion. bnyk jugak brand2 yg ada. diskaun pon smpai separuh harga.

kaki skodeng said...

promosi courts tu bayar tunai je ke? ke ada jugak bayar ansuran?

Encik Topeng said...

mana2 kau rasa kau mampu. sbb dua2 ada diskaun. bayar cash dpt diskaun. byr ansuran pon ada diskaun. guna courts flexicredit. boleh le jimat

En. Mohsin said...

mmber aku penah bli brg kat courts guna flexicredit, dia bayar ontime, pastu dia nk lamsam trus, courts bg diskaun lg kt dia. gial untung, dpt harga lg murah dr harga asal. lepas tu dia bli lg brg ngan courts, dpt lg diskaun. kira dh jd regular customer la dia ngan courts. haha

nikli said...

Tengah google pasal conceal works, thanks sbb share.
nak Tanya, kerja-kerja conceal piping etc ni, upah contractor renovation yg buatkan, atau memang orang aircond tu sendiri?

Sebab macam plan nak buatkan lubang, piping & wayering utk semua bilik, tp nanti nak pasang hanya bilik depan saja dulu

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea