Tuesday, April 30, 2013

Women's Bag

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 10:22 AM
 Kenapa tajuknya Women's Bag? Entah lah, sebab masa saya beli bag ini dekat tag label dia tulis 'Women's Bag',hihi. Tapi fungsinya memang untuk letak alatan mekap. Sebutlah Make-up Bag ke, standard-lah barang China-made, asal boleh je lah.

 Beli kat kedai One Stop (kedai RM2) tapi yang ini bukan RM2 tapi RM7.50. Oklah sebab malas nak beli yang mahal-mahal pun.
 Tujuannya adalah untuk mengantikan pencil case yang saya buat tempat letak alat make-up yang tak berapa nak pratikal. Sebab masa guna beg ini, dah 2x barang-barang seperti blusher, eye shadow, compact powder retak dan pecah. Sebabnya asyik jatuh. Once dah retak, lepas tu confirmlah berderai2 lepas tu masuk tong sampai je lah jawabnya. Bukan habis dipakai..huhu. Solutionnya kena beli beg mekap yang ada 'kusyen' skit supaya boleh menyerap impak jatuh tu.

Jom lah tengok macam mana rupanya compartment yang ada. Konsep dia sama macam Roll Bag atau make up Rolls. Selit-selit lepas tu lipat-lipat atau gulung-gulung. Oh koleksi make-up akak biasa-biasanya saje, bukan Kose mahupun SK-II. Tengok lipstick mekah pon ada. Saya suka lipstick hijau tu sebab bila pakai nanti warnanya tu bertukar merah ikut warna darah. Pemilihan alat make up saya adalah berdasarkan 'mana-sedap-dipakai' bukan setia pada satu brand. Dari Silky Girl hingga ke Lancome. Tapi yang murah juga best. Sebab kalau tak suka warna-warnanya boleh beli yang lain lagi.. hihi

Tapi lately ni saya cuba nak try koleksi Simplysiti. Alasan utama, baiklah support biz orang kita dari orang asing, walaupun agak mahal berbanding Silky Girl ke, In-to-It ke. Baru cuba Eye Shadow dan Pencil eye liner sahaja. 

Face powder memang saya suka Garnier je sebab satu-satunya  bedak yang tak buat kulit muka saya rasa pedih bila berpeluh. Kulit muka saya memang jenis cepat berpeluh kalau panas-panas. Dah banyak kali cuba brand-brand lain tapi rasa yang sama juga walaupun harganya lagi mahal dari Garnier. Garnier ni pun tak lebih dari RM15 pun..huhu!

Foundation? foundation tak pakai, sebab saya tak suka apa-apa jenis foundation disebabkan kulit muka yang senantiasa cepat nak berpeluh. Bila dah berpeluh mula lah rasa macam lekit sana sini. Saya lebih suka krim BB sahaja. Sekian :)

3 comments:

Fizah said...

organized dan tersusunnya...ahhh..i L.I.K.E..!!

rinz raime said...

Kenapa comparekan dgn sk2..

Hayatie Hashim said...

Fizah: baru senang nak ambik ye dakk :)

Rinz raime: randomly pick..

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea