Saturday, April 13, 2013

Weekends & batuk

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 11:42 PM
Weekend saya pulang ke Kajang bertiga dengan anak-anak. Encik boss oustation keluar lagi, huhu! Pukul 6.20pm keluar dari Yong Peng ke highway sampai ke Kajang pukul 8.30pm. Fuh terel! Non-stop la, anak-anak pun semuanya 'baik-baik' je sambil tengok Boboiboy.

Kena pulang weekend ni sebab selasa ni ada appointment laser izzet di HKL. Jadi abangnya kena ponteng sekolah lagi dua hari. Tapi memang kebetulan dia pun batuk dan selsema. Sejak sekolah ni azri kerap batuk. Kalau baik pun selang seminggu je baiknya. Dah 3 Klinik pergi, Klinik Famili, Klinik Kita, Klinik Setia Budi kat BP pun dah!


Sabtu, saya terus bawa dia ke Klinik Pakar Kanak-kanak Dr Saiful dekat Sg Chua. Izzet pun jangkit selsama dan batuk sekali. Sakit-sakit pun main tak ingat 'doniya'..hehe! Moga cepat sembuh anak-anak..
♥ you guys so much!

#Best dapat berblog dengan Notebook semula :)

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea