Wednesday, April 17, 2013

Ulangkaji PSI: Hyperstimulation & Power Pumping

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 12:02 AM
Saya re-post semula entri mengenai tajuk ini yang pernah saya buat dahulu untuk perkongsian bersama. Artikel ini telah saya kemaskini semula dengan rujukan-rujukan yang telah dibaca. Insyallah saya dalam proses untuk mengemaskini dan menambahbaik koleksi-koleksi artikel yang pernah saya tulis dahulu dari semasa ke semasa. (Rujuk: My Collection of Useful Articles)
Happy Reading & Breastfeeding! :)
------------------------------------------------------------------------------

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg'

Monday, October 19, 2009

Hyperstimulation & Power Pumping
Oleh Hayatie Hashim, IBCLC

Apakah yang dimaksudkan dengan Hyperstimulation & Power Pumping? Kalau mengikut pembacaan di buku& internet, kedua-duanya membawa maksud yg sama sahaja. Ianya adalah satu kaedah atau teknik pengepaman yang itensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu. Menurut yang disarankan dalam kaedah ini, pam selama 10 minit, rehat 10 minit, kemudian pam semula 10 minit dan begitulah lah pada seterusnya, diulang-ulang hingga genap 60 minit. Kaedah ini berbeza daripada rutin pengepaman seharian yang biasa iaitu 30 minit. Objektif disebalik teknik Power Pumping(PP) ini adalah untuk meniru corak penyusuan bayi  yang biasanya kerap menyusu terutamanya ketika dalam fasa Growth Spurt (Beralih Bulan).

 "..Power pumping involves using regular pumping techniques and setup, but in a unique way. The idea is to mimic a baby who is nursing frequently to increase a mother’s supply, as is common in the nursing relationship during a growth spurt. To power pump, hook-up as you would for a normal pumping session, pump for 10-20 minutes, rest 10 minutes, then pump another 10 minutes, then rest for 10 minutes, then pump again for 10 minutes. The mother does this for about an hour, once per day, to increase supply. At other pumping times during the day, routine pumping is used. It can take about a week to see an increase, so don’t get discouraged..."
[Sumber: Living with Chronic Low Milk Supply: A Basic Guide]

Ada yang bertanyakan tentang kekerapan yang disarankan untuk melakukan PP ini. Sebenarnya tidak ada basis yang tetap dalam kekerapan untuk melakukan PP ini. Ada yang melakukannya setiap hari sekali atau pada hujung minggu dan sebagainya. Namun pada pendapat saya, pada mereka yang pada fasa mula-mula dalam membanyakkan lagi penghasilan susu adalah disarankan untuk melakukan teknik ini sekerap yang mungkin. Untuk melakukan power pumping tidak perlu sehingga 8x sehari, sehari sekali pun sudah memadai atau jika berkemampuan dan mempunyai masa lebih, boleh dilakukan lebih dari satu kali dalam sehari.

Bagi saya, fokus dan konsistensi tu lebih penting. Adalah lebih baik jika kita dapat melakukannya dalam bentuk berjadual daripada caca-marba. Walaupun hanya sekali sehari untuk tempoh tertentu adalah lebih baik dari kekerapan yang kerap tapi tidak konsisten dalam tempoh itu. Kerana isyarat lebih mudah untuk dihantar jika ianya lebih konsisten dan teratur. Jadi kita akan lebih nampak kesannya selepas tempoh yang telah ditetapkan, insyallah!

Namun seiring dengan itu, diantara cabaran-cabaran untuk melalukukan PP ianya memerlukan satu waktu ekstra untuk dilakukan ditambah lagi dengan kesibukan-kesibukan untuk menguruskan anak-anak yang lebih besar dan hal-hal kerja lain selalu menyebabkan ramai ibu-ibu tidak boleh konsisten untuk tempoh yang telah disetkan.Namun ianya boleh dianggap sebagai satu usaha yang boleh membuahkan hasil yang memberangsangkan jika melakukannya dengan penuh kesungguhan dan kesabaran. Lebih-lebih lagi diawal-awal peringkat tempoh laktasi itu  jika dilakukan dengan konsisten. 

Rujukan:
1. Artikel: Living With Chronic Low Milk Supply-Angie Cannon, D.M.A, Hilary Jacobson, IBCLC, Beverly Morgan, IBCLC.
2. Buku: The Breastfeeding Mother's Guide to Making More Milk- Diana West, IBCLC, Lisa Marasco, M.A, IBCLC



Last Edited: 17 April 2013


Pengalaman Sendiri (Sewaktu EP dahulu):
Pada awal2 zaman saya memerah tegar :) Saya memang buat teknik ni hari-hari. Sebab dulu pada mulanya memang susu  tak meriah, satu hari. Dalam 8x rutin pumping tu, satu kali mesti untuk buat power pumping. Tengoklah keadaan kalau rajin, lebih la dari satu kali dalam sehari. Yang paling bagusnya, saya buat ni pada waktu tengah malam. Hah, lagi mencabar! Saya ingat lagi, saya set jam pukul 3 a.m, bangkit pam 10 min, pastu set jam lagi 10 minit sebab nak tido sat 10 min tu. Pastu bunyi jam, bangkit lagi pam 10 min. Begitulah seterusnya sampai satu jam. Begitu lah rutin pumping bagai nak rak saya. Dan rutin power pumping ni berlarutan hampir kedua minggu juga lah.

Namun ianya satu usaha yang berbaloi sebab hasilnya saya nikmati hingga kini. Now saya dah tak buat lagi power pumping ni tapi hanya stick to regular pumping routine sahaja which is 30 min per session. Saya berhenti bila rasa milk production dah increase and increase dan mula stabil. Saya selalu sarankan pada yang lain  untuk lebih konsisten dalam rutin pumping/nursing pada awal-awal 3 bulan pertama usia bayi, jangan langkau penyusuan & pemerahan diwaktu malam.

If baby tends to sleep longer at night, kejut untuk menyusukannya dan continue pumping for 10-15 min after that. Jangan biarkan payudara tanpa dikosongkan dalam tempoh lebih 2-3 jam, tidak kira siang atau malam terutamanya pada waktu malam, sebab tu night nursing/pumping adalah sangat2 penting. And as a result you' will sustain throughout the lactation period without a major issues to concern, insyallah!

I've come accross so many people yang dapat continue BF for more than 1 year dengan jayanya dan kebanyakkan mereka ini yang tidak pernah tinggal atau jarang2 tinggal night nursing /pumping session. Eventhough ada yang baby sleep longer at night, mereka-mereka ini still bangun untuk mengepam 1-2x in the middle of the night untuk bekalan EBM anak siangnya. So breastfeeding needs a BIG effort especially for working moms. Sesiapa haritu yang dengar BF talk by kak kamariah, sure dah faham apa situasi-situasi yang menyebabkan decrease in milk supply and so on.

Last Edited: 17 April 2013
Hayatie Hashim at 10:24 AMShare


2 comments:

~~zaa~~ said...

Puan,

saya sekarang baby dah 11mo and alhamdulillah still baby minum EBM siang hari and DF on night. kat ofis saya memang pam 3x sehari and normally akan dapat 15oz tapi bila kat rumah memang tak sempat nak pam sebab my baby minum kerap. sekarang ni milk production memang merudum kadang2 pam kat ofis pn dapat 10-13oz je..dah try power pumping semua kat ofis tp still sama..

Hayatie Hashim said...

Slm Pn Zaa:
Faktor2 hormonal juga boleh menyumbang kepada turun-naik dalam pengeluaran susu antaranya stress, letih, waktu hendak datang-dan-semasa period, kemungkinan pregnant etc. JIka rutin penyusuan dan pemerahan tidak berubah dan seperti biasa, tiada apa yang perlu dirisaukan..teruskan rutin, stress-free dan anggap ianya sebahagian daripada ups&down dalam milk production cycle. :) Wallahualam

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea