Monday, April 22, 2013

Terapi Tanaman: Dulu & Sekarang

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:52 AM
 Ini pokok2 kat rumah mak di Kajang tapi saya yang menanamnya, mak tolong siram! :) Mula-mula saya sambung menanam pokok dan memenuh semula pasu-pasu kosong sejak dari tahun lepas lagi. Tapi sejak dah ikut encik boss tinggal BP, mak lah yang tolong jaga. Tapi setiap kali balik saya mesti 'berkebun' kat kebun mini saya ni. Saya memang suka pokok daun hijau berbanding pokok bunga.. :)

 Tahun lepas banyak pasu kosong, tahun ni dah kurang setiap kali saya balik, saya akan penuhkan. Pokok pun ada yang dah bertukar. Pokok Kunyit dah tebang, tak tahan sebab cepat sangat merimbun dan jarang pakai.

Yang belah sini pun sama, tahun lepas baru je beli pokok-pokok tu. Masih lagi kecik-kecik dan belum lebat. Tahun ni baru semua dah rimbun. Pokok dalam pasu kecil2 pun dah makin bertambah. Pokok paddy palm & bamboo palm pun dah rimbun. Pokok pine kat hujung tu pun dah makin gemuk dan tinggi. Setiap kali saya balik, saya yang trim pokok-pokok ni, pindahkan pokok-pokok yang kecik2 tu ke pasu yang masih kosong, kasi baja..




0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea