Sunday, April 21, 2013

Sesi Memborong Perabot

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:08 PM

                        

Hujung minggu dihabiskan dengan aktiviti membeli perabot. Setelah beberapa bulan meng-usha kedai-kedai perabot, akhirnya kami decide untuk memborong semua sekali di KPH Furniture. Banyak pilihan design2 yang menarik. Lagipun kami nak beli banyak, rasanya kalau beli satu tempat senang nak mintak diskaun, hehe!

Tema untuk rumah baru kali ini adalah moden kontemporari, cewahh! Warna pilihan adalah gabungan warna putih dan warna gelap samada hitam, cokelat gelap, kelabu..ikutlah! 

Benda pertama yang dipilih dulu adalah set sofa. Dalam banyak-banyak, yang Recliner sofa set ini menjadi pilihan. Set sofa ni sebenarnya manually recline tapi kami minta mereka customs tambah motor dalam setiap seat supaya jadi auto-reclining, ada plug & suis. Zaman sekarang semua nak yang senang, hehe! 

Kami dah cuba sofa yang auto-reclined kat sini tapi designnya pula tak berkenan. So customs lah yang ini. Warna pun kami pilih dark chocolate dengan benang putih. Kebanyakan sofa kat sini  boleh recline sampai 190 darjah lah. Yang saya suka sebab ada console box dan mini drawer untuk small storage. 

Untuk Hall Cabinet, saya dah snap beberapa pilihan dalam entri yang lepas. Akhirnya yang ini menjadi pilihan kami. Sebab yang ini design kiri kanan sama so nampak lebih simetri  & seimbang berbanding dengan design yang kiri lain, kanan lain. Ini ikut mata tuan-tanah lah, hehe!

Matching coffee table set, kami pilih yang macam kipas ni sebab lain dari yang lain. Boleh ditarik 'sehelai-helai' macam daun la pula. Yang ini pun tinggal satu je. Kalau boleh dah taknak asyik yang bersegi-segi je.

Untuk set divider bagi memisah ruang tamu dan ruang makan dalam rumah, kami pilih yang ini. Yang ini kurang skit tempat display so kuranglah nak kena pikir hiasan apa yang nak diletak, hehe! Lagipun kalau ada anak-anak kecik ni susah kalau nak letak barang2 hiasan dalam tempat yang terbuka.

Untuk meja makan, kami pilih set meja bulat marble plain white. Ada yang bercorak2 tapi takmahu nanti   nampak macam crowded pula. Plain (with simple design is exceptional) adalah elemen utama kami dalam setiap pemilihan kami, cewaahh! Sebab boleh memberikan ilusi ruang yang lebih luas. Lagipun dalam tips pemilihan meja makan, meja bulat lebih mesra-keluarga, salah satunya takda bucu yang berbahaya untuk budak-budak yang suka berlari-lari nih. 

Meja ni pun kami mix-n-match amik kerusi yang lain. Kami tak ikut kerusi yg mereka matchkan siap-siap. Saya pilih kerusi hitam dengan white lining tu sebab macam match dengan dengan set sofa. Harga pun dah jadi lain lah. Takpa, alang-alang..huhu!  Nasib meja bulat ni putih kosong so boleh masuk dengan apa-apa kerusi. 

Yang ini, Bar counter untuk ruang dapur. Memang berangan ni lama dah, huhu!Kami pilih putih juga. Ada juga set hitam, topnya pun hitam macam yang belakangnya tu tapi kami pilih putih juga. Nanti senang nak match dengan kitchen cabinet yang hendak dipasang later.

Kami beli juga L-shapped sofa  untuk ruang family hall kat atas. Yang ni kecik je.

Dan Hall cabinet juga untuk ruang family hall tu. Hall cabinet ni kecil dan rendah sedikit dari main hall cabinet tadi, so memang sesuai la.

Yang ini set bilik tidur untuk guest room. Set ni, meja solek dan almari je saya berkenan so kami mix-n-match juga sebab katilnya tak cantik sangat. so kami pilih katil yang lain. Seperti biasa harga pun mix-n-match la yer, lalalala, huhu! 

 Untuk bilik master bedroom, saya pilih almari je.  Tinggi almari dia tak silap 11 kaki. Sekali lagi warna putih juga. Tak payah guna meja solek lagipun memang tak pernah guna meja solek pun kalau ikut saya. 

Tilam dan katil beli set Getha dekat Modena Living, BP mall.

 Encik boss tengah pilih-pilih tu :D

Fuh promoter tu memang promote baekkk punya, terbaekk! Terus kawtimm! Azri pun tengah 'sibuk' pilih sofa dia, hehe!


 Mengikut info ni untuk menghasilkan bantal ini, lebih 13 batang pokok getah ditoreh untuk mendapatkan 13 cawan getah asli untuk menghasilkan sebiji bantal ini. Sebab dalam 1 cawan mangkuk getah tu 1/3 je yang pure yang diambil. Kalau tilam kami beli tu sebanyak 1,300 cawan getah asli diperlukan. Ni promoter tu explain la konon untuk menunjukkan betapa kualitinya rubber foam Getha ni, huhu!

 Akhirnya, kami pilih set ini juga sebab set ni lain skit ada cleopatra seat dekat bedside. Dalamnya ada amplifier set untuk sound sytem. Ada wire cucuk terus kat handphone leh dengar music. Seperti biasa lagi set ni kami custom all-white leather King set. 184cm & 170cm kena tidur tilam king baru tak terjuntai kaki, haha!



  Amoi KPH tu tengah kira-kira, diskaun mesti mahu lebeyy ya! Haha..

                         

Sementara kami sibuk-sibuk memilih, budak-budak ni pun 'sibuk' juga macam-macam aktiviti, panjat sana-sini, tumpahkan air mineral kat serata tempat sebab setiap meja ada air mineral. Kerja izzet amik air mineral tebuk lubang dengan straw lepas tuang kat simen. Penat lah keje kakak tu asyik ngemop je, huhu!

Selamat sudah memborong perabot-perabot yang perlu, tinggal beberapa lagi yang perlu dicari dan dibuat, antaranya:
-Kitchen Cabinet.
-Aircond & Kipas Siling
-Nak pergi Nilai&IKEA untuk aksesori rumah
-Wood Flooring
-Plaster Siling
-Ubah suai balkoni atas dan tepi rumah

Fuh, banyak lagi silap-silap bulan puasa baru masuk ni, huhu! Syukur dengan rezekiNya. Semoga semuanya dipermudahkan, Amin!

#Tak sabar nak duduk! :D

7 comments:

Ila said...

buat housewarming jgn lupa ajak..hehehe

Iela Fazielah said...

Wah..kaw soping perabot..puluh ribu abis kat sini..tp semua perabot akak pilih mmg terbaek la... Ai mampu telan air liur je...

Hayatie Hashim said...

ILa: No problemo..insyallah!.house warming dgn rumah terbuka raya lah gamaknya..haha!

Iela Faziela: tq..alhamdulillah..lama dah menyimpan ni ..huhu!

Fizah said...

wah wahh..terbaek dari ladang ni..haruslah cerita sikit sebanyak kat GA saya utk perkongsian ramai..ke guane? ;)

http://susunatursioca.blogspot.com/2013/04/sticky-post-giveaway-istimewa-mei-jom.html

azura samsuddin said...

bestnyerrrr shopping2 perabot utk umah baru :)

Hayatie Hashim said...

azura: memang best, sampai pening2 lalat..heheh!

Nana said...

bestnye tgk org soping perabot mcmni..berapa la abis agaknya.. btw, berapa ek buat flooring tu? dan utk stairs tu pulak berapa..

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea