Friday, April 26, 2013

Motivasi diri: Dulu & Kini

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:49 AM
Cuba meniup kembali aura-aura ilmu ketahanan diri yang tinggi tatkala nafsu untuk 'mengketekedarah' sudah mula cuba untuk menerobos diri dikala ini..huhu!Oh tidak...

Ok silalah lihat diri anda diwaktu dulu yer, jadikan ia sebagai motivasi untuk mengawal nafsu pemakanan kamu ketika ini..huhu

 Gambar pertengahan tahun lepas, sewaktu Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 di MOH Putrajaya. Masa ini berat sekitar 84kg. Pakai tudung awning pun muka bolat juga, hehe!


Tahun 2013 membuka lembaran baru untuk kembali kurus seperti mula-mula berkahwin dulu. Ops, masih tak sekurus dulu, tapi ok lah dengan pencapaian sekarang ni. Janji dah boleh sarung size seluar sekarang adalah 30" dengan berat sekitar 68kg sudah. Berat ideal adalah sekitar 65kg kerana ketinggian saya 170cm.

Puncak matlamat misi diet saya adalah seluar ini. 'Berhantu' betul seluar ini, dah 13tahun masin tersimpan rapi dalam almari. Seluar yang disarung sewaktu zaman kegemilangan gila-gilaremaja pada tahun-tahun pertaman di U dulu. Memang oldtime feveret jeans saya nih. Kainya langsung tak lusuh. Saya kata puncak tadi adalah sebab saya masih belum dapat pakai lagi seluar ini walaupun dan kurus sebab saiznya 28" huhu. Sarung dah boleh, tinggal nak kancing tu je yang belum dapat. Saya rasa kalau saya sampai tahap ni mahu nampak sekeping je kot badan, haha! Sebab seluar ini saya pakai waktu berat saya 58kg.

Soalan lazim, macammana saya boleh kurus..jawapannya adalah diet-diet-diet. Saya control pemakanan saya. Bukan tak makan, hari-hari saya makan nasi, cuma kuantitiya dah sedikit. Pemilihan lauk pauk pun main peranan. Saya lebih banyak meroti juga, heh!Dulu saya kuat makan.  Sejak duduk sendiri, kerja bertambah, duduk rumah bertangga lagi cepat lah penurunan berat. Frankly speaking, saya tak eksesais sangat pun. Tapi selalu buat aktiviti turun naik tangga tu. 

Tapi yang merisaukan sejak akhir-akhir ini nafsu makan sudah mula kembali..tu yang kena buat sesuatu untuk terus fokus.

9 comments:

Mama Lynd said...

Alahai.. Bila la nak jadi cam awak ni. Teringin nak letak gambar befor and after jugak. Tapi asik gambar BEFORE je. Sampai tahap malu nak amik gmabar sendiri dah.

Hayatie Hashim said...

Mama lynd: apa lagi..kena start pasang misi..huhu

nik said...

semangat mesti kental..
comey sungguh mu leni...

Hayatie Hashim said...

Nik: tu la..nk tiup s3mangat balik..la ni aura makan asyik nk mai..huh

Yaati Nor said...

comel la..saya pasang misi memanjang tp susah nak kwl pemakanan..

Hayatie Hashim said...

Yaati Nor: Nak mula tu memang tersangatlah ssssuuuusahhh! :P

Yaati Nor said...

cite la lagi psl kejatuhan berat bdnmu..supaya memberi perangsang kepada kwn2 yg lain..hehehe saya tgh BF klu mkn kurang susu pun kurang..cer bg tips...

Didie Kamila said...

Memang payah nak jg badan..lg2 untuk org yg nafsu makan nya adalah tinggi..'diri sendiri la tu'..hehehe..

Hayatie Hashim said...

Didie: hihi..susah nak kawal nafsu makan tu kan, adeh!.. :P

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea