Wednesday, April 10, 2013

Lunch2day: KFC Spicy Korean Crunch

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 11:14 PM
Hari ni makan tengahari dengan ayam goreng KFC perisa terbaru. Nampak je iklan kat tv rasa kecur pula nak makan, kih kih! Penuh bijan, eh orang Korea memang suka bijan ke? Kebetulan azri pun sibuk nak ayam goreng, lepas balik sekolah tadi terus singgah beli.

 Saya memang suka beli 5-piece set je, kentang bagai tu semua kang buang je lebih, 3 drumstick 2 tigh adalah kombinasi wajib! Jenis-jenis lain tak pernah beli sebab anak2 memang suka drumstick, maknya suka tigh je, hehe! Cerita pasal rasanya, rupanya sos BBQ ala-ala korea tu yang dicurah atas ayam spicy biasa tu. Oklah rasa pedas sedikit daripada spicy biasa. Tapi rasa manis! tu yang buat saya rasa off skit.

Saya beli ni masa panas-panas lagi. Kalau dah sejuk mesti tak berapa nak telan sangat. Anak-anak layan je. Overall rasa pedasnya memang tak boleh lawan Ayam goreng favorite saya iaitu ayam goreng McD. Tapi saya dah mula kurang membeli diMcD lagi. Kalau dulu dalam sebulan mesti 2-3x juga makan. Sekarang dah 1x je sebulan. Harap-harap dapat terus kurangkan lagi. Sebagai substitute tu yang asyik beli KFC je, sebab azri nak ayam goreng yang 'berkerak'! Nak2 KFC buat diskaun 25% setiap selasa untuk snack plate, tak tahannn!

Burbb, alhamdulillah! Lepas makan pedas-pedas terus pekena Teh Kurma merah dan longan, mantappp! Tahun 2009 dulu saya ada buat entri pasal teh longan ni, memang masa tu jadi milk booster saya. Tapi dulu jarang nak jumpa teh ni sekarang dah melambak2 dah. Rasa memang sedap, kurang manis! Sekarang dah tak jadi milk booster lagi, hehe!

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea