Monday, April 29, 2013

Kunci Rumah Baru & Work-in-Progress

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 5:33 AM
 Alhamdulillah, hari ini kami dah dapat kunci rumah yang selama ini ditunggu-tunggu. Dah dapat kunci maknanya dah boleh duduk, hooray! Opss belum lagi, kerja-kerja wiring, pemasangan, pengubahsuaian pula menyusul dulu. Estimated lebih kurang sebulan lah atau lebih baru boleh duduk betul.

Lepas dapat kunci tadi, terus kami survey ke kedai kabinet dapur dan wood flooring..

Tak beli Floor Depot tapi kami pilih Robina..


Kami memang dah decide nak warna putih untuk wood flooring. Jarang orang nak warna yang cerah, sebab susah nak maintain dan kena sentiasa berhati-hati  tapi sebab rasa warna cerah tu lagi nampak luas dan terselah lagipun dah match dengan kebanyakan perabot. So anggaplah itu sebagai cabaran dan risiko yang akan diambil, huhu! Saya tengah dilema untuk pilih antara Platinum Teak (kiri) dan Malmo Teak (kanan), kalau kiri tu memang terselah putihnya, yang kanan tu putih juga tapi ada corak2 gelap sedikit. Kira save lah ni kalau kotor kurang nak nampak. Tapi hati degil tetap nak warna yang cerah gila tu, acaner? Orang pun dah datang ukur tinggal nak pilih mana je lagi. 

Kemudian kami survey ke kedai Kabinet Dapur. Ada satu kedai Kabinet dekat area Taman Banang yang konsepnya ala-ala moden memikat hati saya. Kami pilih yang aluminium sebab ketahananya.

Yang ini pun cun juga. Kabinet tinggi tu dah built-in sekali dengan microwave, Steamer, Oven, dan Dishes Dryer& Sterilizer brand Fotile. Set ini je dah RM40k! :)
 Dalam banyak-banyak yang ini sangat menggiurkan, encik boss pun macam suka huhu. Nampak tu ada lampu LED kat sepanjang kabinet tu. Jenis kabinetnya ada yang lift-up dan juga jenis pintu. Ikutlah kita lah nak design macam mana. Yang best saya suka backdropnya fully mirror glass. Set ni je dah RM50k hoho, ditambah ada automatic wine-drawer tu yang buat mahal, lagipun set ni panjang. Kalau customize ikut keluasan dapur sendiri mungkin akan jadi lebih murah. Warna grey tapi boleh customize ikut warna yang kita hendak. Ok ini kali lah! :D

5 comments:

Fizah said...

hadoi set kc tu..rm40k dpt lbh kurang L.I.M.A bijik kc saya!!..hoho..tp plg best part sterilizer..ada jgk hek..

btw, flooring tu yg kiri tu i like better..alang2 dah putih kan,,putih terus!..;D

Hayatie Hashim said...

Fizah: kiri juga, yeayy! :)

Fiza Rahman said...

Nak tgk umah baru ☺☺. Selamat mendeco rumah baru.

Yaati Nor said...

bestnya rumah dah siap..tahniah!!!selamat mendeko..

Hayatie Hashim said...

Fiza: Kalau datang BP jangan lupa roger yer.. :)

Yaati Nor: Sekarang tengah pening-pening lalat sebab banyak sangat benda yang nak di deco..hihi

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea