Friday, April 19, 2013

Gunting Rambut 'Berjemaah'!

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 12:21 AM
Petang semalam saya bawa anak-anak ke salon sebab nak gunting rambut si abang yang dah panjang sangat. Bila time berpeluh teruk sangat terlentik sana-terlentik sini, huhu! Dah lah azri memang jenis berpeluh kepala pun basah. 

Tunggu giliran nak gunting rambut, diorang pun belek-belek magazine yang ada kat situ. Komik Cino pun cino lah janji kalian duduk diam-diam, hihi! Dekat muka izzet, masih jelas lagi kesan lebam Post-laser treatment yang ke-9 tempohari. Lebih kurang 2 minggu baru clear kesan lebam-lembam tu dah tanda yang ada dibawahnya akan bertambar pudar.

Azri potong dulu, abang sekarang dah senang potong rambut. Cool dan rilek je dia tak takut-takut macam dulu. Adik je yang susah bangett! Galaxy Note tak lepas-lepas sebab nak main game favorite dia. Sampai penuh rambut lah kat atas bila selesai. Bila tengok gambar dia tengah main game ni, macam rasa dah besar je gayanya macam budak-budak sekolah rendah je padahal bulan 10 ni baru nak masuk 5 tahun, huhu! Sampai rumah, terus mandi sebab rimas rambut-rambut kat celah-celah leher. Lepas mandi, kasi gel skit buat stail apa pun tah lah, main sauk-sauk je, nak kata Kpop pun ye juga haha!


 Lepas tu giliran adik pula. Kali ini senang skit sebab dia dah nampak abang dia buat dulu. Tak macam dulu, nak suruh dia duduk atas kerusi tu pun payah, last-last saya duduk sekali, dia duduk atas saya. Habis satu baju kena rambut sebab dia tak suka kain tutup satu badan tu, huhu! Saje je suruh orang tu trim keliling rambut dia kasi sama. Last time buat tak sama sangat sebab dia sibuk nak turun, pusing sana-sini.

Oklah ini kali dapat juga trim kasi sama rata keliling rambut. Saya tanya orang tu, kalau tengok anak-anak omputih kat TV tu yang rambut diorang macam cendawan tiram tu macam-mana yer. Pastu dia jawab, tu kasi blow lah baru cantik! Satu lagi, kena tunggu dia besar skit bila rambut dah keras skit baru  nampak cendawannya, kalau kecil ni rambut dia lembut lagi, so dia lurus stret je kebawah. 

Lepas dia selesai trim tu, dia offer nak blowkan rambut izzet kalau nak bagi nampak cendawan tu, hehe!  Betul la, kena blow baru nampak cendawan tiram tu, huhu! tapi tak lama balik tu mandi basah rambut, habis dah, kih kih!   

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea