Wednesday, April 24, 2013

Gaya Shawl

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:52 AM
Sesi menerai gaya-gaya pemakaian shawl. Semuanya saya ikut dari blog-blog dan you tube. Sekali-sekali nak juga cuba pesen-pesen yang lain. Orang lain dah terel, saya budak baru belajar, huhu!

Haa, kalau hat yang gaya 'merebas-rebas' ni memang akak suka tengok. Perasan nak buat ala-ala hana tajima. Tapi lecehnya ya amat sebab nak kena cucuk banyak jarum, selit tang sana-selit tang sini. Lagi leceh bila kita selalu nak bukak bila nak solat (ni bila berjalan la). 

Lepas tu sentiasa nak kena 'control cun' bila berjalan, nak-nak kalau kena tiup angin, harus lah pegang sana-sini kan, hehe! Kalau ada anak kecil yang suka nak tertarik-tarik tudung kita bila didukung pun memang tak 'seswaai!'. Bak kata kawan saya, silap-silap haribulan anak tertelan jarum pin peniti bagai tu, hahaha!

Ini memang gaya standard saya lah bila setiap kali pakai shawls atau gaya dengan inner macam dulu tapi yang itu tak musim saya dah, rasa dah boring pulak. Sekarang memang stail terus tutup takyah kasi nampak inner separuh-separuh lagi. Stail ni memang saya ikut dari website Sugarscarf. Kalau stail ni tak payah pakai inner neck pun, tapi kalau jenis chiffon jarang kenalah pakai kot. 

 Yang ni saya baru-baru cuba, Saya suka sebab kat depan tu mcam 'berkipas' je jatuhnya.Tapi kena guna inner neck. Saya ikut kat internet tapi saya improvise ikut sukahati sebab saya tak paham sangat penyudahnya, hahah! Pun nak kena guna jarum skit, tapi taklah sebanyak gaya 'merebas-rebas' kat atas tu..huhu.
Saya 'ter'beli inner silang konon nak cuba.tapi seriously macam tak kena je. Rasa lebih selesa guna inner biasa yang bulat tu. Mungkin sebab tak pernah pakai kot tu yang nampak semacam je, huhu!

Selalu saya tengok dalam blog-blog indon tentang tutorial hijab, memang diorang sangat advance dari segi lilitannya. Tapi kadang-kadang ada yang macam tak praktikal pun ada, yang 'tak tercapai dek akal' (banyak betul selok beloknya, huhu!) tak boleh nak ikut semua.

#Tudung awning semua dah simpan lemari je tak pun pakai untuk gi pasar, huh!

4 comments:

Fizah said...

ku masih selesa ngan awning...;) apapun..anda cantek!

Nurul Hazimah said...

saya ada satu gaya yg simple but boley lah nampak comel sikt hahaha :)

Fiza Rahman said...

Aku masih tak reti nak bershawl. Tambahan plak dgn anak kecik yg suka tarik sana tarik sini. Pakai tudung awning jer lah.

Hayatie Hashim said...

Fizah: Tudung awning memang tetap menjadi tudung 'kecemasan' yang paling senang disaukk bila nak cepat. hehe!

Imah: Ye ke, boleh lah share2 nanti yer :)

Fiza: Betul la..memandangkan anak-anak kecik ku dah besar..baru lah boleh merasa nak 'melaram' skit, hehehe!

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea