Saturday, April 6, 2013

Cuti-cuti: Tasik Kenyir

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:42 AM
Di penghujung Cuti sekolah seminggu yang lepas akhir kami bercuti ke Tasik Kenyir, Terengganu. Kami bertolak hari jumaat dari KL.



Kami tiba di Pengkalan Gawi selepas asar.
Bersiap2 nak bot untuk ke Kenyir lake Resort. Jumaat malam sabtu kami bermalam di resort je.



Lama dah tak naik bot, rasa gayat skit..



Sekejap je sampai ke resort lebih kurang 5minit perjalanan je.


Malam pertama tu takda aktiviti sangat pun..kaum bapa sume gi memancing la karok la. Kitorg mak2 ni lepak2 borak2 sambil tengok anak2 bermain.


Sementara nak menunggu boat house. Malam sebelum encik boss kata sabtu kita akan bermalam atas bot pula. Dalam kepala saya dah terbayang kapal ala2 cruise tu haha.



Rupa2nya...inilah dia..tongkang 'cruisse' hehe. Terus saya teringat cerita Ananconda tentang sekumpulan saintis yg pergi ke pedalaman vietnam guna tongkang ala2 gini lah..hahah..


Ginilah bilik2 yg ada..ada 4 bilik kecik ditingkat atas. 2 tingkat tau bot ni hehe.


Ruang tengah diatas..ala2 mcm family hall la..


Ini ruang yang bertutup di tingkat bawah. Ada pintu, boleh tutup so budak2 leh lepak dalam ni masa bot tengah berjalan.


Ini bot2 lain yang seangkatan la. Ada macam2 jenis rupanya boat house ni..dari yang murah sampai la ke mahal..mcm kitorg punya kira murah kot RM800 semalam..ada yg rm2-3k sampai lah rm6ribu semalam. Tapi construction botnya lagi cantik. Ada yang siap aircond bagai..info n pakej bot house ni rasanya kalian leh dapat dekat jeti pengkalan Gawi..




Sepanjang2 perjalanan kita akan menyusuri hutan hujan tropika yang menjadi sebahagian daripada Taman Negara. Hutan ini adalah diantara salah satu hujan tropika yang tertua didunia. Tasik Kenyir ni juga adalah tasik buatan yang terbesar di Asia Tenggara. Ianya melewati 3 buah negeri iaitu pahang, Terengganu dan Kelantan.


Destinasi selepas check out dari resort dan menaiki bot ni pula adalah ke Air Terjun. Air terjun apa saya tak pasti Lasir ke tah tapi yang pasti jauh. Mengambil masa 2 jam untuk sampai ke sini. Rupanya ada 14 buah air terjun yang ada di seluruh tasik kenyir ini. Tak dapat nak snap gambar byk2 sebab hp tam bawak la kami dah nak berendam dlm air terjun.

Yang bestnya kawasan air terjun ni takda orang. So sangatlah bersih. Kenapa takda orang sebab takda jalan darat untuk masuk ke sini..kena masuk ikut tasik sahaja iaitu menaiki bot. Kalau dari darat kena menempuh hutan tebal tu gamaknya. So hari tu memang kitorang je kat situ.





Bot kami bermalam dikawasan air terjun hari tu. Malam tu bermula lah aktiviti BBq..




Keadaan tasik di awal pagi sangat segar. Pagi ahad semua pun bersiap2 nak balik ke pengkalan gawi semula.



On the way nak balik..sebelum tu kami singgah ke empangan tasik kenyir. Dulu asyik baca dalam buku sekolah je kan. Tinggi betul batu3 empangan tu. Tapi tak snap gambar..sbb sibuk nak jaga izzet..huhu





Lastly..Gambo geli2 yer. Tukang snap si cilik tak lain tak bukan..azri ler..huhu

Rasa penat sebab nak mengawasi anak2 sepanjang masa tapi thrill juga. Pukul 12pm kami bertolak pulang dari tasik kenyir..sampai Batu Pahat pukul 10pm..

posted from Bloggeroid

2 comments:

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



Melancong :D said...

Terima kasih kerana berkongsi pengalaman puan dan keluarga dan Tasik Kenyir. Memang sangat seronok bila dapat bersama orang tersayang ke tempat seperti ini.

Memancing di Tasik Kenyir

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea