Friday, April 12, 2013

Blog back up kena suspended! ..

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 10:02 PM
 Dua tiga hari yang lepas, saya teringat nak export content dari blogspot ke blog backup saya di Wordpress. Dah hampir setahun tak export entri ke sana. Sejak ada kes blog-blog yang hilang atau terdelete bila Blogger buat maintenance, saya naik cuak juga. Atau kot2 lah tengah jaki nak menggodek2 template ke tiba2 hilang pic ke apa, boleh nangis woo!

Sepanjang empat tahun berblog ni, saya dah buat 1159 entri dan 3408 gambar yang telah saya upload ke blog. Sayang sangat kalau tiba2 hilang ke apa, gambar-gambar tu yang penting sebab kebanyakan gambar especially yang awal-awal dulu saya dah takda lagi soft copiesnya. Sebab tu saya buat satu lagi back up blog di Wordpress. Saya ada tunjukkan step-stepnya di entri sini dulu.


Berbalik ke cerita asal, sedang Wordpress mengimport dan mengupdate content dari blogger saya, tiba-tiba keluar notis ni kat dashboard WP saya. Cuba type address blog kat browser pun dia tulis not found. Oiii, hangin akak, apehal tiba2 nak close blog orang. Bila masa la aku buat get-rich scheme nih. Tak puas hati punya pasal, terus saya email depa. 


Selang sehari tu dah dapat reply dari WP yang menggatakan blog saya kena flagged dengan sistem anti-spam automatic depa. Diorang dah remove suspension notice dan blog WP saya dah kembali normal. Nasib content2 yang sedang saya export tu dah restore juga. Kalau tak, mau kena buat semula proses export-import tu.

Blog back up: http://xclusivelyxpressing.wordpress.com

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea