Thursday, April 25, 2013

Bila Cik Alza buat SPA

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:23 AM
Hari ini bawa kereta pergi cuci kat tempat yang saya selalu bawa cuci tu. Seperti biasa lah pekerja-pekerja kat situ takkan tak pernah untuk suruh saya polish kereta ni. Oklah, kali ini saya mahu sebab saya rasa dah lama rasanya cik Alza ni tak kena polish. 
Lebih-lebih bila tengok demo yang pekerja tu buat untuk menunjukkan bertapa 'berdaki'nya kereta saya ni sebab tak dipolish. Sejak dari pertama kali dapat kereta pada 29 December 2009 memang tak pernah lagi dipolish, huhu! See betapa kontranya white spot itu, rupanya kereta saya melepak lagi tapi disebabkan daki-daki yang telah sebati dengan cat itu hanya boleh dibersihkan dengan polish sahaja. Ini lah pengorbanan yang perlu dilakukan kalau nak kereta warna putih, huhu. Oh cik alza ni pearl white, color dia  off sedikit dari solid white. Bezanya Alza solid white bukan metallic paint. Yang metallic paint putih hanya pearl white.

Nego punya nego dia kasi RM150, 3-layer polish. Yang saya cuci dan vakum mula2 tadi dia kasik free je. Kalau 3-layer, mula-mula dia guna mesin dulu sental, lepas tu pergi cuci semula, kemudian sental lagi dengan mesin, kemudian last sekali dia guna tangan untuk mengilatkan. Beriya-iya dia kata kita buat kasi bersih punya, mat bangla yang tengah panjat tu lah.

 Saya nego lagi RM150 tu kasi cuci enjin dan bersihkan juga kat belakang penutup yang dah nak legam tu. Lepas tu dia nak tambah lagi RM20, so total lagi RM170, bila saya macam taknak, last2 dia akur juga. So melepak dah enjin cik alza ku, hehe!

Kemudian dia offer lagi anti-pest, bacteria off, nyah bau lah bla bla sebotol tu RM20 untuk bersihkan dalaman kereta pula dari bakteria, kuman lah serangga lah bagai, diperbuat daripada bahan-bahan organic bla bla. Pastu memberi kelembapan pada kusyen dan dashboard kereta supaya nampak macam baru semula. Untuk maklumat lanjut kalian baca lah kat sini.

 Oklah, kali ini saya buat juga, dah alang-alangkan. Dia masukkan sebotol cecair tu dalam satu bekas mesin dan letakkan dalam kereta. Pastu mesin tu akan semburkan asap dari cecair tu macam ala-ala fogging la dalam keadaan enjin dan aircond dipasang. Kemudian asap tu akan terus keluar berkepul-kepul sampai lah dah clear hilang asap tu dalam kereta. Kiranya dah meresap lah kot kat seluruh dalaman kereta tu, hahah! Bau pun sedap je. 


Berkilat-kilat dah Cik alza hari ini, luar dan dalam. Puas hati juga lah dengan RM170 yang dibelanjakan. rasa macam baru beli kereta pulak. Semuanya bersih. Takpalah sesekali kasi 'spa' skit untuk cik alza ni, sepanjang 3 tahun, baru ini kali lah buat semua ni. Encik boss pun puji bersih tadi. Oops tenkiu juga pada encik boss yang telah mem-full settlementkan Cik Alza ni, awal tahun hari tu  :)So kena lah jaga baik-baik kan, hehe!

2 comments:

Fizah said...

pernah baca mula-mula dula yatie dapat alza ni...masa tu masih pam susu utk azri..semangat cerita...dah byk berjasa alza ni kan...=)

Hayatie Hashim said...

Fizah: ahah..byk jasa dah..kete kesayangan ni..hihi

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea