Monday, April 22, 2013

Belajar dirumah: Write a Thank You Cards

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 3:47 AM
Dulu belum sekolah, boleh tulis Sekolah dirumah, dapatlah buat aktiviti Sekolah dirumah selama beberapa bulan. Sekarang dah sekolah, kena tukar jadi aktiviti belajar dirumah pula, hehe!


Aktiviti ini saya dah buat dari minggu lepas lagi, ikut buku yang saya baca tu, The Creative Family-How to Encourage Imagination and Nurture Family Connection. Aktiviti menulis kad ucapan terima kasih. Tapi takdalah cantik-cantik macam budak yang dah pandai. Saya cuma nak biasakan dia dengan menulis. Walaupun azri tak faham dan tak tahu nak menulis sendiri, dia cuma ikut sebiji-biji apa yang saya tulis. 



Alhamdulillah, dia dah semakin pandai menulis setiap huruf tu hampir sempurna. Kiranya kita boleh baca lah apa yang ditulisnya. Sebab dia cepat boring so saya kena encourage dengan bintang tu. Sebab dalam buku tadika dia, kalau dia lancar baca cikgu bagi dia bintang. So saya kata kalau dia tulis habis dia dapat bintang lagi besar! Hahaha..

Oklah, sebab lama dah tak buat aktiviti belajar dirumah ni, so dia boleh fokus juga. Kalau kerap macam dulu, sampai dia naik boring pula. Sebenarnya membuat aktiviti-aktiviti bersama anak-anak ni especially yang bercorak akademik ni menuntut kesabaran yang tinggi juga buat orang yang tak berapa nak sabar macam saya ni, huhu! Tapi kalau aktiviti main-main memang dia lajuuuuu!

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea