Thursday, April 25, 2013

Ape fungsi Feedburner?

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:20 PM
Selalu kita nampak kat blog-blog orang lain ada letak 'Subsribe to this post','Susbcribe RSS Feed', 'Get updates' lah bla bla kan.  Kalau ikut pemahaman saya suam-suam kuku ni maksudnya kita boleh  dapat update entri-entri terbaru dari blog yang kita dah subsribe tu terus dari e-mail. So kalau kita tak sempat nak masuk blog tu, kita boleh baca entri dia terus di e-mail kita sahaja. 

Selalu kalau blog-blog femes ni yang ramai orang taknak terlepas  baca entri2 terbaru mereka tiap-tiap hari mesti ramai yang subsribe. Akak yang bajet perasan femes emes ni pun nak juga lah letak feature feedburner ni dekat blog juga, huhu! So kalau kalian tak sempat terjah blog ni, boleh lah baca entri-entri geli-geli/merapu terbaru akak ni. :D

Tak susah, pergi tengok kat Side bar sebelah post ni tengok widget yang ada tulis 'Langgan@XclusivelyXpressing'.. bukan yang kat atasnya tu tau, yang tu kalau nak 'search' entri lama-lama kat blog ni. Lepas tu masukkan e-mail kalian dalam tu dan klik submit.

Nanti akan keluar popup window E-mail subscription request Feedburner begini. Masukkan word verification tu dan terus klik kat button complete tu. Nanti dia akan hantar notis ke e-mail anda dan anda kena klik balik link yang dia bagi tu untuk verification. Jangan lupa klik, kalau tak subscription kalian tu kira tak complete lah, dan takkan ada updates dari blog tu yang masuk ke inbox email kalian. 

Hah, ini contoh yang saya dah cuba, subsribe to blog sendiri, hehe! Bila ada entri terbaru, kita akan dapat update tu kat inbox e-mail kita dan kita terus boleh baca entri tu kat situ tak payah lagi nak masuk blog. Lebih mudah kalau yang guna Handphone lah, kalau nak loading blog berat sangat atau kadang2 tak support. So apa lagi, jom Langgan@XcLuSiVeLyXpressing yer. :D 

3 comments:

Fizah said...

dulu tak faham jugek...hihu

Nurul Hazimah said...

OOoo mcm tu.. minta tunjuk ajar dari puan lah :)
saya budak baru belajar :)
but nanti-nanti time free-free :)

Hayatie Hashim said...

Fizah: saya pun..huhu

Imah: tak terel pun..hihi

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea