Wednesday, April 17, 2013

1Bulan1Buku: The Creative Family-How To Encourage Imagination & Nurture Family Connections

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:04 AM
Bagus juga saya pasang misi 'IBulan 1Buku' ni. Tiap-tiap bulan wajib pula cari buku untuk dibaca. Ingat nak pergi ke kedai Buku Popular kat BP Mall untuk cari buku-buku yang menarik untuk dibaca. Kebetulan azri pun asyik nak beli buku tulis-tulis ABC la katanya. Tapi tak pergi2 lagi sebab saya teringat saya ada banyak lagi buku yang saya borong masa ekspo Big Bad Wolf 2 tahun lepas yang belum dibaca lagi.

Belek-belek buku yang mana nak start baca, terasa macam nak baca ni dulu je. Leh ikut idea yang ada dalam buku ni untuk aktiviti2 bersama anak-anak. Dah lama rasanya tak buat aktiviti Homeschool selain daripada ulangkaji pembelajarannya di rumah sahaja.

Dalam setiap seksyen dia ada bagi aktiviti-aktiviti yang boleh kita ikut berserta dengan 'resepi'/bahan-bahan yang diperlukan untuk aktiviti tersebut. In fact saya pun dah buat aktiviti pertama dari buku ini dengan azri tempohari. Ok, laporannya di entri seterusnya! :) Yang paling best, ada banyak aktiviti DIY dan Craft Project yang simple-simple.

#Berkobar-kobar :D

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea