Monday, March 25, 2013

Gara-gara scrub

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 3:49 AM
Ahad minggu lepas saya guna St. Ives apricot scrub yang baru saya beli. Kononlah nak berscrub satu badan kasi kulit halus tulus mulus kan haha. Tak sangka plak saya allergik selepas first time guna.

Dulu masa kat Uniten memang saya guna range St Ives ni tapi takda masalah pun. Saya tak tahu part mana yang buatkan reaction pada kulit samada Apricot tu kah, fragrancenya kah atau microbeadsnya..huh seriklah.


Satu badan naik rashes macam ni tapi yang paling banyak dekat lengan, tengkuk dan belakang badan. Ingatkan boleh lah recover sendiri tapi dah seminggu serupa je. Encik suami dah suruh gi klinik je amik injection ke ubat ke..huhu


Kelmarin saya ke klinik juga. Nasib baik tak perlu injection sebab doktor kata rashes macam tak severe. Hanya perlu makan ubat sahaja. So doktor prescribed ubat2 ni. Yang Prednisolone tu saya kena makan 8biji sekali sib baik sekali je..untuk meredakan radangan. Yang Chlorpheniramine tu sebiji je untuk mengurangkan alahan yang ada. Cream2 tu saya tak guna pun sebab tak gatal pun..

Alhamdullillah dah hampir lah dah rashes tu. kalau tak mesti terasa mengerutu je kulit time mandi..nasib baik alahan ni tak datang sekali dengan gatal2..

#Moral: seriklah nak guna scrub yg bukan natural lagi. Teringat dulu pernah guna Home made scrub yang dibuat dari lada hitam yg ditumbuk halus (as a scrub beads) kemudian dicampur pelbagai rempah ratus macam kunyit serai, etc...series fresh...takda allergik pun
posted from Bloggeroid

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea