Tuesday, March 5, 2013

Alkisah sarapan..

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 1:04 AM
Macam mana ya anak2 kalian ada yang tak sarapan tak sebelum ke sekolah? Azri memang jenis tak makan kalau pagi2 sangat. Even saya buatkan makanan kegemaran dia pun macam ayam goreng, kentang pun dia taknak juga. Air pun taknak minum.

Dia kata nanti lepas balik sekolah dia makan lah. Kat sekolah pun dia tak makan juga. Breakfast sekolah pukul 9am. Sekali sekali je dia makan, kata cikgunya..hmmm.

Kalau kat rumah waktu yang biasa dia mula makan adalah pukul 9am ke atas. Pernah saya bekalkan untuk makan di sekolah tapi tak berusik. Ada sekali dia makan separuh je lepas tu esoknya dia kata tak mahu bawa lagi. Dia kata masa balik nanti je dia makan.


Tapi bila balik sekolah masuk kereta je terus tanya ada bawa apa2 tak. Tak sempat sampai rumah habis dah makanan yang saya bekalkan tu. Kalau nasi, feveret dia memamg nasi goreng.


Lepas tu dia tunjuk semula apa yang dia belajar tu kat saya masa dalam kereta tu juga. Tak menyempat

Dah 2 bulan sekolah ni memang sekali dua je dia sarapan, itu pun sedikit sgt.

posted from Bloggeroid

1 comments:

Siti Nora said...

Ehhh!! Ble bwk blk buku?? Psal ank aku xde bwk buku balik?? Ke ni yg ko bli asing tuk dia blaja kat uma..bukan lil'caliph xde keja uma ke??

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea