Tuesday, February 5, 2013

Eh tak nangis?

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 5:10 PM

Pagi ni buat pertama kalinya dia bangun tanpa menangis. Akhirnya..agaknya ini semua dek kerana kena bawa dia jalan2 naik kereta tengok lampu hiasan dekat Dataran Penggaram.

Sebenarnya dah lebih 2minggu juga hari2 saya kena bawa dia kesana. Tapi dalam masa yang sama saya kenakan syarat yang esok pagi dia kena bangun ke sekolah tanpa nangis. Tapi hapah pun tak efek dan dia tetap gak menangis.

Dalam masa yang sama saya tetap saiko dia. Bila tiba malam azri dah muluk pujuk2 nak gi pusing tengok lampu dan dia sendiri akan kata 'nanti esok pagi ahmad azri pergi school, ahmad azri tak nangis kalau ibu ket, ahmad azri janji! Wah macam real je budak ni..haha. Tapi menjelang pagi esok janji tinggal janji, huhu.

Bila malam tiba time nak jalan saya pula yang saiko dia, taknak lah ahmad azri tipu. .janji2 nanti esok pagi bangun nangis2 juga. Dan tetap akan jawab dengan 'janji2nya'..dan keadaan berlarutab selama beberapa hari.

Dan hari ini dalam sejarah lah bila dia bangun dan tak nangis. Mungkin dia dah mula teringat kata2 dia sebelum nak jalan malam tu kot. Bagus-bagus..berhasil gak..

Masa jalan2 tu dia cakap..'sayang ibu! Tiga2 ahmad azri sayang' (sambil tunjuk jari 3)..'Ahmad azri sayang abah, sayang ibu, sayang adik' (sambil kira jari tu satu2)..

Alahai...bila anak dah pandai amik hati!

#cair#

posted from Bloggeroid

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea