Tuesday, January 1, 2013

Hari pertama di tadika

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:54 PM
Hari ini hari pertama azri bersekolah. Seawal 6 pagi saya dah buat breakfast. Siapkan air panas mandi. Pukul 6.45am adegan drama dah bermula..

Taknak mandi lah..taknak pergi sekolah lah..taknak pakai baju sekolah lah..grrrr! Dia bengang sebab tengah syok2 tidur kejutkan..huhu. Biasa bangun lambat kan sebelum ni..


Kelengkapan semua saya dah siapkan semalam






Masa sampai ok tak nangis terus main2 toys yang ada kat situ. Walau ada budak2 lain dah melalak2 sebab nak kena tinggalkan.

Azri kitorang tinggalkan senyap2 je. Tapi bila sampai kereta terdengar gak suara dia nangis. Dalam pukul 10 lebih saya call teacher untuk tanya keadaannya. Teacher dah ok tengah main-main..




Habis waktu sekolah tengok dia series je. Muka ketat. Saya tak tanya apa2..saje nak tunggu dia cakap. Tengah2 pakai kasut dia cakap 'seronok sekolah ibu, seronok!' tapi nadanya macam marah..hahahah!

posted from Bloggeroid

2 comments:

Fiza Rahman said...

Series jer muka Azri ☺☺

Hayatie said...

Fiza: tgh ketat..pasal kena tinggal tadi..hihi

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea