Tuesday, January 22, 2013

Blog Anniversary

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:19 PM


Hampir terlupa, hari isnin yang lalu pada 21 Januari genap usia 4 tahun usia blog ini. Maknanya 4 tahun sudah saya berblog.. Saya mula berblog untuk memberi motivasi pada diri ketika dan berkongsi rasa dan pengalaman saya sebagai seorang Exclusive Pumping Mom di awal2 perjalanan Penyusuan Susu Ibu (PSI).

Kemudian kecintaan saya pada dunia PSI berkembang sehingga menjadikan saya pada.mulanya kaunselor laktasi bebas, trainer bagi program MBfPC, Pengerusi Titisan Emas ( Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu WP KL & Putrajaya) dan akhirnya menjadi Perunding Laktasi bertauliah (IBCLC) setelah lulus exam IBCLE pada tahun 2011.

Semuanya memberikan kenangan manis untuk saya. Kini saya agak menyepi dari sebarang aktiviti PSI sejak menetap di Batu Pahat. Kerana kebanyakan aktiviti PSI dan rakan2 seperjuangan saya banyak disekitar lembah Klang.

Bukan tidak mahu aktif lagi cuma saya pasif seketika untuk memberikan tumpuan kepada pembinaan keluarga disini,hehe!

#Empat tahun berblog tapi Nuffnang baru RM15 sajork, hahaha!

posted from Bloggeroid

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea