Wednesday, December 5, 2012

Depo Provera: Cerita saya

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:24 AM

Ramai gak yang tanya saya perancang jenis apa yang saya gunakan. To tell you the thruth setelah dua anak hasil daripada 6 tahun perkahwinan inilah pertama kali saya mengambil perancang.

Sebelum2 ni memang rancang sendiri je. Tapi kalau nak diikutkan masa anak pertama memang 'tiada rancangan' pun sejak azri lepas 6 bulan sebabnya saya dah bersedia untuk nak yang kedua dalam tempoh itu. Tapi rancangan Allah itu lebih cantik saya mula pregnant genap azri 1 tahun 11 bulan. Walaupun 'projek' sudah bermula sejak dia 6 bulan lagi..hehe!

Sebab2 lain mungkin kerana saya masih belum subur masa tu kerana hanya datang period yang pertama bila azri 1 tahun 4 bulan. Kerana saya fully EP tika tu. Konsep "Prolactin suppresed ovulation".

Kali ini barulah tergerak untuk mengambil perancang kerana saya masih belum bersedia lagi untuk no3 buat masa terdekat ini.  Kesediaan mental dan fizikal itu haruskan kalau nak pregnant lagi ditambah pula dengan kes saya pada kehamilan yang lalu maka harus juga saya akan melalui keadaan yang sama kelak jika pregnant. (pada yang tak tahu cerita boleh baca entri disini dan di label "pregnancy" & "My OnG Stories).

Saya pilih suntikan sebab saya tahu saya mesti akan terlupa. Saya selalu dalam keadaan begini "eh hari ini aku dah makan ubat ke tak tadi?" sudahnya was2 tak ambik sbb takut overdose lak. Sebelum tu saya gugel juga review dan komen orang yang pernah ambik suntikan ni. Yang paling common adalah selera makan bertambah. Adess cuak gak baru nak slim melim nih heheh!

Akhirnya awal bulan Oktober tuhari saya.ambik jab kebetulan memang time tu tengah period. Memang disarankan ambik jab ni masa hari ke 4-5 period sebab tak salah ada artikel kat web DrZubaidi.com kata ubat ni akan mula efektif lebih kurang dalam seminggu selepas disuntik.

Oh dalam artikel tu dia ada kata juga yang bahaya jika mengambil suntikan ini lebih dari jangkamasa yang disyorkan. Jangkamasa optimumnya adalah tidak lebih dari 2tahun sahaja. Boleh baca artikel penuh disini.

So apa pula review saya selepas pertama kali mengambil suntikan ini, diantaranya adalah:

1. Seperti yang dijangka kesan dari depo provera ini adalah period jadi tidak teratur. Saya tidak period pada bulan berikutnya (jika.diikut pada tarikh period yang lepas). Lepas sebulan tidak ada period, saya datang period semula tapi dalam kuantiti yang amat sedikit walaupun ianya berlarutan dalam beberapa hari juga. Hanya pakai cloth pantyliner sahaja.

2. Selera makan, alhamdulillah masih lagi terkawal tidak lah membuak-buak cuma ada masa2 juga dtg selera nak makan lagi, lagi dan lagi. .huhu tapi masih dapar dibendung dengan motivasi menyelim yang masig lagi kuat nih...hahah.

3. Sakit kepala. Yang ni susah saya nak kata sama ada kesan dari depo provera ni atau tidak sebab sebelum sering juga mengalami kejadian ni. Dalam tempoh selepas mengambil suntikan ni pun masih on n off lah kejadian sakit kepala ni.

*info mengenai depo provera ini boleh refer pada brochure yang saya copy di entri sebelumnya (under label "pregnancy")

Yang lain2 semua so far semua ok takda masalah. Dan suntikan seterusnya kedua saya dijadualkan pada hujung bulan ini. Berapa lama saya nak mengambil atau stop mengambil suntikan ini? saya pun tak pasti..ikut gerak hati lah. Yang pasti bukan dalam masa terdekat ini. Mungkin pertengahan 2013 kah..atau mungkin selepas kami dapat rumah baru tahun depan kah? Tahlah...mohon petunjuk dari Allah juga. Dia juga yang menggerakkan segala.. :)

Posted from Samsung Galaxy Note


4 comments:

Cik Puan Nurul said...

mmg perancang keluarga buat berat badan naik tapi semua tu kita sendiri kena kawal..ia menaikkan selera mkn tp pndai2 kita lah kan..cuma ade sesetengahnya yg kita risau mengandungi bhn2 tertentu yg menyebabkan tubuh menyimpan lebihan air tu yg ade nampak tembam sembab biasanya pil kesuburan lah mcm clomid dsbgnya.aku pun xpenah ambil apa2 suntikkan sbb risau dgn kesan sampingan plg xtahan kalau naik bdn dan sakit kepala huhuhu.

Hayatie said...

cpn: takyah rancang2 la..sila.masuk.kelab.cepat1 ye..hahaha

Rozita said...

berapa bayarannya?

Hayatie said...

Rozita: Aisey lupa dah berapa rasa dlm linkungan RM20-30 kot...

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea