Wednesday, December 12, 2012

1 Hari 1 Resepi: Kuehtiau Kung Fu

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 3:51 AM
Sesi menerai resepi dalam buku masakan ni lagi ;)
Memandangkan semua bahan2 ada dalam peti ais. Senang juga sebenarnya nak buat kuehtiau kungfu ni rupanya.
Bahan A
1 Bungkus kuehtiau
5 Biji telur (saya kurangkan telur kepada 2 biji sebab kuehtiausedikit dan takut kolestrol naik huhu)
Bahan B
100g udang basah
150g isi ayam
3 ulas bawang putih
100 g sawi/kailan
100g bunga kubis
1 batang lobak merah
2 sudu makan tepung jagung
1/2 cawan air (dibancuh bersama)
1 cawan air rebusan ayam (saya guna kiub pati ayam sahaja..hihi)
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan lada sulah
Garam secukup rasa
*Rencah2 didalam buku ini pun saya ikut sukatan kuehtiau saya
Cara-cara:
1. Gorengkan kuehtiau dan telur2 tadi dengan minyak hingga garing sedikit. Ketepikan.
2. Tumiskan bawang putih  dan kemudian masukkan 1 cawan air rebusan ayam, sos tiram dan lada sulah.
3. Masukkan lah segala bagai rencah yang kalian suka ayam, udang, sayur2..
4. Agak dah mendidih tu..baru masukkan tepung jagung ( tepung ni gaul dulu dengan air bagi mengelakkan ianya bergentel2)
Tuan kecik makan setengah pinggang woo! :)
Posted from Samsung Galaxy Note




0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea