Thursday, November 22, 2012

Tumit pecah

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:54 PM

Masalah yang biasa dihadapi oleh wanita2 yang rajin/suka buat kerja rumah! Eh?  betul lah..kalau jarang2 masuk dapur mesti kaki tangan lembut je..hehe. Atau tak pakai selipar masa kat dapur. Kadang2 kalau nk cepat terlupa pun nak sarung selipar.

Dulu tumit saya macam dalam gambar hiasan nun. Selalu sy kurang titik beratkan penjagaan kaki ni maklumla mana ada masa nak menggulit kaki dgn nak urus anak2 lagi..huhu. Nak gi pedicure? hmmm malu dah pasal kaki pun dah comei.lagi..kih kih.

Sejak dua menjak sibuk jaga badan ni (hehe) baru saya mula jaga kaki saya skit..tapi saya guna cara sendiri jer iaitu tiap2 hari saya berus untuk buang kotoran kat rekahan tu..pastu gosok dengan batu (apeke nama benda alah tu yang selalu ada jual kat watson, guardian).

Kemudian sapu.dengan minyak zaitun. Selama hampir 2 bulan saya konsisten membuatnya setiap kali lepas mandi setiap kali habis kerja didapur...rekahan tumit sudah semakin licin. Cuma tinggal rekahan2 halus sahaja. Kalau terlebih rajin saya kerap sapukan minyak zaitun tu masa tengah rilek2 tapi kena lah bersihkan kotoran2 yg ada dicelah2 rekahan tuh.

Posted from Samsung Galaxy Note



1 comments:

Maria Maarobbukaa said...

ok la aku nak try olive oil plak

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea