Friday, November 30, 2012

IKEA, DAISO & Jusco

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:17 AM

Genap sudah dua bulan saya menetap di Batu Pahat sepenuh masa. Dalam tempoh itu 3 hari sahaja yang sempat pulang ke Kajang. Fuh, banyak yang telah ditinggalkan selama itu namun tidak sedikit pun mendatangkan 'kerterkilanan' dalam diri. Kesemuanya berjalan mengikut aturan Allah yang Maha Esa. Sebagai umat kita hanya mampu bersabar, bersyukur dan bertawakal.

Oh hati meruntun untuk ke beberapa tempat diKL sekiranya saya pulang ke sana lagi iaitu IKEA, Daiso & Jusco. Jika disini, kawasan penjelajahan saya hanyalah ke Carrefour, Parkson (Square One) dan Pacific (BP Mall). Boleh dikatakan 2-3x dalam seminggu saya akan ke tiga3 tempat ini untuk membeli barang2 dapur dan sedikit 'terapi' diri hihi.

Kalau di Kajang, Tesco lah apa lagi. Disini yang paling dekat dengan rumah adalah Carrefour dan Square One.. lebih kurang 5min drive sahaja.

Yang pasti IKEA adalah destinasi WAJIB pergi bila balik KL nanti. Siap dah nak buat list barang apa yang dinak dibeli. Jenuhlah encik suami kena jadi driver nanti (oops poket pun..huhu). Ingat warna tema kali ini semestinya MERAH...

*Ingatkan IKEA dah ada kat JB rupanya belum lagi..
** oh dan nak pergi beli pastri kat The Loaf yang sedap2 tu...

Posted from Samsung Galaxy Note


0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea